Saya Tidak Mahu Terlalu Selesa - Chong Wei

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2015 1:19 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei tidak mahu berasa terlalu selesa selepas menjuarai dua kejohanan terakhir disertainya tahun ini di Siri Super Terbuka China dan Hong Kong.


Walaupun berpuas hati dengan kejayaannya itu, Chong Wei mengakui bukan mudah untuk kembali ke kelompok enam pemain terbaik dunia dalam tempoh enam bulan selepas bebas daripada penggantungannya Mei lepas.

Ini berikutan rankingnya merudum dan terkeluar daripada 100 pemain terbaik dunia sewaktu penggantungan lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana gagal dalam ujian doping.

"Saya tidak sangka cepat kembali untuk berada di tahap ini. Memang saya tidak pernah putus asa. Sebelum ini prestasi saya menurun ketika di Terbuka Jepun, saya sangat tertekan...ada masa saya begitu kecewa.

"Bila saya kalah, orang suruh saya bersara, bila menang mereka puji...saya positif dengan semua komen...yang penting saya tidak akan berhenti mencuba.  

"Hanya saya seorang sahaja merasai tekanan ini, tapi saya tidak akan berhenti mencuba," katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu.

Chong Wei berkata kemenangan di Terbuka China adalah kejayaan bermakna dalam kariernya selepas pernah menjuarai 12 Siri Super.

"Menang Terbuka China, memang salah satu impian saya. Saya sangat berpuas hati akhirnya berjaya meraih kejuaraan itu pada penampilan terakhir sebelum bersara nanti.

"Memang sasaran saya adalah untuk layak ke Sukan Olimpik. Sekarang peluang ke Olimpik sudah selesa, saya harap ranking saya naik kepada kedudukan keempat dunia," katanya.

Chong Wei berkata beliau dan barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu melakukan strategi dan program baharu bagi persediaannya ke Rio de Janeiro, Brazil tahun depan.

Katanya pihak lawan terutamanya China pasti akan mengkaji teknik dan permainan beliau selepas berjaya menundukkan dua pemain handalan dunia, Chen Long dan Lin Dan.

"Saya tidak boleh kata prestasi saya berada dalam keadaan terbaik...saya perlu bekerja keras lagi untuk Sukan Olimpik," katanya.

Chong Wei akan berehat seketika daripada menyertai sebarang pertandingan dan beliau dijadualkan kembali beraksi di Kejohanan Grand Prix Emas Terbuka Malaysia pada Januari depan diikuti pusingan kelayakkan Piala Thomas dan All England.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan