Chong Wei Di Ranking Ketiga Dunia - BWF

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2015 7:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berada di landasan tepat untuk layak beraksi pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil selepas menduduki ranking ketiga dunia, demikian menurut ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan pada Khamis.

Kedudukan Chong Wei dalam ranking dunia melonjak selepas pemain nombor satu Malaysia itu meraih tiga gelaran berturut-turut di Terbuka Perancis, China dan Hong Kong, baru-baru ini.

Chong Wei kembali beraksi pada kejohanan kompetitif Jun lepas, selepas menjalani penggantungan selama lapan bulan oleh BWF kerana kesalahan doping.

Berikutan itu, ranking beliau jatuh merudum daripada pemain nombor satudunia kepada kedudukan ke-180. 

Mengulas pencapaian itu, Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen berkata ranking Chong Wei naik mendadak daripada kedudukan ke-180 kepada ketiga dunia, dalam tempoh kurang enam bulan.

"Chong Wei menampilkan prestasi mengagumkan...ia pencapaian yang hebat kerana beliau menjuarai tiga kejohanan berturut-turut.

"Kejayaannya baik untuk badminton negara. Jangkaan saya tepat...sejak hari pertama berada di sini, saya percaya Chong Wei mampu melakukannya," kata Frost.

Frost ditemui pemberita ketika hadir menyaksikan Kejohanan Badminton Remaja Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) 2015 di Arena Sukan Sentosa pada Khamis.

Mengenai jurulatih perseorangan lelaki negara, Frost berkata pada masa ini, beliau tidak dapat mengumumkan senarai nama jurulatih berkenaan, namun mereka terdiri daripada jurulatih tempatan dan asing bagi membimbing pemain kebangsaan.

"Saya belum berbincang dengan Chong Wei mengenai jurulatih perseorangan...seperti yang saya katakan, terdapat pilihan dalam senarai jurulatih. Saya berharap dapat memilih jurulatih perseorangan menjelang akhir Disember ini,"katanya.-Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan