Terbuka Macau: Soon Huat Mara, Wei Feng Kandas Di Pusingan kedua

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2015 9:06 PM

Soon Huat mara ke pusingan ketiga Terbuka Macau pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Goh Soon Huat seperti mendapat semangat baharu dengan aksi menyakinkan apabila mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Terbuka Macau pada Rabu.

Goh, sebelum ini sering mempamerkan aksi hambar di kejohanan antarabangsa berikutan melalui episod sedih selepas kehilangan ibunya pada Ogos lepas.

Bagaimanapun, pada penampilan di Terbuka Macau kali ini, atlet berusia 25 tahun itu bangkit menyingkirkan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu, 21-18 dan 21-15 untuk mara ke pusingan ketiga.

Beliau bakal berdepan Wang Tzu Wei dari Taiwan untuk mengintai peluang ke suku akhir pada Jumaat.

Pada perlawanan pusingan pertama, Goh mengejutkan pilihan ke-12 dariThailand, Tanongsak Saensomboonsuk dengan 21-19 dan 21-19.

Seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng, bagaimanapun terkandas di pusingan kedua selepas tewas kepada pemain China, Qiao Bin, 21-16 dan 21-8.

Sementara itu, gandingan Hoon Thien How/Lim Khim Wah memperolehi kemenangan mudah apabila pasangan Filipina Philip Joper Escueta/Ronel Estanislao menarik diri.

Pasangan beregu negara itu akan berdepan pilihan keempat dari Rusia, Vladimir Ivanov/Ivan Sozonov pada pusingan kedua.

Pasangan Low Juan Shen/Tan Meng Kian pula melakar kejutan apabila berjaya menewaskan pasangan China yang juga pilihan utama kejohanan Liu Xiaolong/QiuZihan.

Pasangan negara itu memerlukan hanya 35 minit untuk menyingkirkan lawan mereka 21-19 dan 21-14 untuk menempah slot ke pusingan kedua menentang Hendra Aprida Gunawan/Markis Kido dari Indonesia.

Dalam pada itu, beregu wanita negara, Chow Mei Kuan/Lai Pei Jing terpaksa mengharungi 70 minit perlawanan getir sebelum berjaya menewaskan pasangan China Du Yue/Li Yinhui 21-19, 16-21 dan 21-14 untuk mara ke pusingan kedua berdepan pilihan keenam dari Korea Selatan, Jung Kyung Eun/Shin Seung Chan.

Gandingan Tan Chee Tean/Chow Mei Kuan dipaksa bekerja keras sebelum berjaya menundukkan pasangan Taiwan Lu Ching Yao/Chiang Kai Hsin, 21-17, 15-21 dan 21-13 dalam kategori beregu campuran.

Tags / Kata Kunci: Terbuka Macau , Goh Soon Huat

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan