Kebolehan Chong Wei Tidak Boleh Diragui - Khairy

Diterbitkan: Isnin, 23 November 2015 5:37 PM

Khairy Jamaluddin (tengah) bergambar bersama para peserta-Akademik Bola Sepak Chelsea FC Malaysia ketika majlis Pembukaan Julung Kali Akademik Bola Sepak Chelsea FC di Malaysia di Pusat Sukan NPNG pada Isnin. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kejayaan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei merangkul dua kejuaraan Siri Super - Terbuka China dan Terbuka Hong Kong - membuktikan kemampuan pemain senior itu tidak boleh diragui.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin percaya bekas pemain nombor satudunia itu tidak berdepan masalah untuk berada dalam kelompok empat teratas ranking dunia menjelang Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil tahun depan, untuk mendapat undian lebih selesa pada temasya itu.

"Kebolehan Chong Wei tidak boleh diragui. Beliau membuktikan kemampuannya menewaskan sesiapa sahaja. Chong Wei berada dalam prestasi terbaik untuk meraih pingat emas Sukan Olimpik," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sekolah Bola Sepak Chelsea FC Malaysia di Pusat Sukan NPNG, Damansara pada Isnin.

Kedudukan Chong Wei dalam ranking dunia melonjak tiga anak tangga ke ranking keenam selepas menjuarai Terbuka China pada 15 November lepas.

Pada masa sama, Khairy mahu Chong Wei menjaga kesihatannya terutama keadaan fizikal kerana pemain berusia 33 tahun itu perlu mengambil masa yang lama untuk pulih sekiranya mengalami kecederaan.

"Sekarang ini pengurusan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dan ISN (Institut Sukan Negara) akan memberi fokus kepada menjaga keadaan fizikal beliau terutama menjelang Sukan Olimpik tahun depan.

"Chong Wei sebelum ini memang tiada pilihan, beliau terpaksa beraksi dalam seberapa banyak kejohanan untuk menaikkan semula kedudukannya dalam ranking dunia. 

"Sekarang semua sudah selesai, Chong Wei boleh berehat selama sebulan dan saya minta dia berehat," katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , Lee Chong Wei

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan