Tahniah Chong Wei! - Najib

Diterbitkan: Isnin, 23 November 2015 4:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan ketiga berturut-turut dalam Siri Super musim ini.

"Tahniah @LeeChongWei atas kemenangan Super Series ketiga berturut-turut di Terbuka Hong Kong 2015," kata Najib menerusi catatan Twitter beliau pada Isnin.

Kemenangan di Terbuka Hong Kong adalah kejuaraan ketiga Chong Wei dalam Siri Super musim ini selepas menjuarai Terbuka Perancis bulan lepas dan Terbuka China minggu lalu.

Chong Wei yang juga pemain ranking keenam dunia, menjuarai Terbuka Hong Kong selepas menewaskan Tian Houwei dari China di final yang dilangsungkan di Hong Kong Coliseum pada petang Ahad.

Kejayaan itu merupakan kejuaraan keempat Chong Wei, 33, di Terbuka Hong Kong selepas menjuarainya pada 2009, 2010 dan 2013.

Selepas bebas daripada penggantungan lapan bulan atas kesalahan doping Mei lepas, Chong Wei juga telah meraih gelaran Terbuka Amerika Syarikat dan Grand Prix Terbuka Kanada, kedua-duanya pada Jun lepas selain muncul naib juara di Kejohanan Dunia, Ogos lalu.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Lee Chong Wei

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan