Chong Wei Lawan Chen Long Di Suku Akhir Terbuka Hong Kong

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 8:45 PM

Datuk Lee Chong Wei

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei akan mengulangi pertemuan dengan musuh tradisinya dari China, Chen Long di suku akhir Kejohanan Terbuka Hong Kong, Jumaat.

Aksi dua jaguh itu dijangka menjadi tumpuan berikutan kejayaan sulung Chong Wei menjulang gelaran di Terbuka China, selepas menewaskan Chen Long 21-15, 21-11 di final Ahad lepas.

Chong Wei mara ke suku akhir selepas menewaskan pemain Jerman, Marc Zwiebler 21-12, 21-12 sebelum mengesahkan pertemuan dengan pemain nombor satu dunia itu.

Pemain berusia 33 tahun itu kini dalam misi memburu gelaran keempat Terbuka Hong Kong dan kejuaraan ketiga kejohanan berstatus Siri Super tahun ini selepas Terbuka China dan Terbuka Perancis pada 25 Okt lepas.

Chong Wei pernah merangkul gelaran Terbuka Hong Kong dua tahun berturut-turut pada 2009 dan 2010 sebelum mengulangi kejayaan sama pada 2013.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan