Chong Wei Lonjak Ke Tangga Keenam Ranking Dunia

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 10:37 PM

Datuk Lee Chong Wei

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei menjuarai kejohanan badminton Terbuka China minggu lepas menyaksikannya melonjak tiga anak tangga dalam ranking dunia minggu ini.

Menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia www.bwfbadminton.org, Chong Wei kini menduduki tangga keenam daripada tempat kesembilan selepas mengumpulkan 64,983 mata.

Bekas pemain nombor satu dunia itu kian menghampiri kelompok tiga pemain terbaik dunia selepas terkeluar daripadanya sejak Mac kerana penggantungan akibat doping yang menyaksikan ranking dunianya merudum sehingga ke tempat ke-180.

Chong Wei bagaimanapun bangkit selepas bebas daripada penggantungan pada Mei lepas dengan menjuarai Terbuka US, Terbuka Kanada, pada Jun dan menjuarai gelaran Siri Super pertamanya di Terbuka Perancis, bulan lepas yang membolehkannya memasuki semula kelompok 10 terbaik dunia.

Juara dunia, Chen Long dari China kekal sebagai pemain nombor satu dunia dengan 101,031 mata diikuti pemain Denmark, Jan O Jorgensen (76,337) manakala bekas juara dunia dan juara Olimpik, Lin Dan ketiga (73,677).

Pasangan utama negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong kekal di tangga ke-15 dengan 46,778 mata manakala bekas naib juara dunia edisi 2010, Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong naik lima anak tangga ke tempat ke-17 dengan 44,480 mata.

Pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi kini menduduki tangga ke-30 dengan 34,570 mata manakala beregu wanita, Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei di tempat kesembilan selepas mengumpul 49,424 mata.

Beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying pula kekal di tangga ke-15 dengan 40,730 mata.
Tags / Kata Kunci: ranking dunia , Datuk Lee Chong Wei , BWF

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan