Menang Terbuka China, Chong Wei Lengkapkan Koleksi Juara Super Series

Diterbitkan: Ahad, 15 November 2015 10:53 PM

Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran juara perseorangan lelaki badminton Terbuka China, Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei akhirnya melengkapkan koleksi juara kejohanan Super Series yang pernah disertainya.

Pemain berusia 33 tahun itu memenangi gelaran Terbuka China buat kali pertama dengan penuh bergaya, mengenepikan pilihan utama dari China, Chen Long  21-15, 21-11 dalam saingan akhir perseorangan lelaki dalam masa 50 minit di Fuzhou, Ahad.

Beliau adalah pemain perseorangan Malaysia ketiga yang pernah meraih kejayaan di China.

Wong Choong Hann muncul juara perseorangan lelaki pada tahun 2002 dan isteri Chong Wei, Wong Mew Choo, meraih gelaran perseorangan wanita pada tahun 2007.

Chong Wei yang membawa pulang hadiah wang tunai AS$52,500 (RM238,480), sangat gembira dengan kejayaan yang diciptanya.

Terdahulu dalam separuh akhir pada Sabtu, beliau telah menewaskan juara dunia lima kali, Lin Dan, juga dari China buat kali pertama di negaranya sendiri.

"Akhirnya saya menang Terbuka China - satu gelaran yang yang tidak pernah ada dalam koleksi kejuaraan saya," kata Chong Wei yang sebelum ini gagal sebanyak lapan kali dalam percubaannya.

"Saya menjangkakan saingan sengit daripada Chen Long hari ini tetapi dia telah membuat banyak kesilapan dan saya melakukan langkah yang tepat," kata Chong Wei mengenai kemenangan ke-10 ke atas Chen Long dalam 22 pertemuan.

Perlawanan itu dijangka akan menjadi persaingan sengit pada mulanya tetapi Chong Wei telah menguasai permainan sepanjang perlawanan.

Chen Long, pemain tinggi lampai melakukan yang terbaik untuk memecahkan rentak Chong Wei dengan melakukan smash kencang yang sinonim dengan dirinya tetapi Chong Wei mampu bertahan dengan baik sambil melakukan  beberapa pukulan cemerlang untuk terus mendahului.

Set kedua perlawanan juga agak menarik apabila kedua pemain saling mengekori rapat dari segi kutipan mata. Ketika mata terikat 8-8, Chen Long, juara dunia dua kali itu hilang fokus.

Sebaliknya, Chong Wei terus mendapat momentum dan terus mara untuk merangkul gelaran juara.

Chong Wei kini berharap kejayaan ini akan mendorong beliau untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

"Saya telah berjuang sejak dua bulan lepas. Fikiran saya tidak memberi tumpuan kepada perlawanan dan saya terpaksa berhadapan dengan gangguan yang lain. Semuanya telah diselesaikan sekarang," kata Chong Wei, yang hanya menang kejohanan Siri Super lain tahun ini di Terbuka Perancis dua minggu lalu.

"Jurulatih saya Hendrawan dan Tey Seu Bock telah membantu saya dan saya mendapat keputusan yang baik sekarang. Menewaskan Lin Dan dan Chen Long di kejohanan yang sama adalah rangsangan yang besar kepada keyakinan saya.

"Saya mempunyai dua lagi kejohanan yang tinggal untuk musim ini dan saya berharap untuk menghasilkan keputusan yang konsisten," kata pemain nombor 9 dunia ini yang akan bermain di Terbuka Hong Kong minggu ini dan Terbuka Macau minggu depan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan