Jelajah ATP Dunia Akhir: Djokovic, Federer Bertemu Lebih Awal

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 10:34 AM

Lapan pemain utama dunia yang bakal beraksi dalam saingan Jelajah ATP Dunia Akhir bermula 15 November ini.

(Ubah saiz teks)

NOVAK Djokovic dan Roger Federer bakal bertemu di peringkat kumpulan saingan Jelajah ATP Dunia Akhir di O2 Arena, London bermula 15-22 November ini.

Kejohanan berprestij ini bakal menampilan lapan pemain terbaik dunia yang layak beraksi membuktikan kehebatan masing-masing.

Tomas Berdych dan Kei Nishikori berada dalam kumpulan Stand Smith bersama pemain No.1 dunia yang juga juara 17 kali Grand Slam, Djokovic serta Federer.

Sementara itu, pemain utama British, Andy Murray bakal berdepan dengan juara Terbuka Perancis, Stanislas Wawrinka, juara Gran Slam 14 kali Rafael Nadal dan David Ferrer bagi saingan kumpulan Illie Nastase.

"Undian kelihatan menarik. Saya teruja dapat kembali ke kejohanan ini dan tidak sabar untuk beraksi," jelas Federer.

Kumpulan Stan Smith 

Novak Djokovic (Serbia) 

Roger Federer (Switzerland) 

Tomas Berdych (Republik Czech Rep) 

Kei Nishikori (Jepun) 

Kumpulan Illie Nastase 

Andy Murray (Britain) 

Stanislas Wawrinka (Switzerland) 

Rafael Nadal (Sepanyol) 

David Ferrer (Sepanyol)

Tags / Kata Kunci: Jelajah ATP Akhir Dunia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan