Nafiizwan Benam Hasrat Beng Hee Buru Gelaran Keempat

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2015 10:00 PM

Pemain skuasy negara, Ong Beng Hee (kanan) membalas hantaran Mohd Nafiizwan Mohd Adnan pada kejohanan TC Skuasy Kebangsaan 2015 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu. Mohd Nafiizwan memenangi perlawanan tersebut dengan 11-7, 11-4 dan 11-9. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hasrat pemain veteran, Ong Beng Hee untuk mempertahankan gelaran buat kali keempat berturut-turut tidak kesampaian apabila tersingkir pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2015 di Arena Nicol David, Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, di sini, Sabtu.

Bekas pemain nombor satu negara berusia 35 tahun itu, bagaimanapun gagal meneruskan rentak kejayaan apabila kalah kepada pemain negara, Mohd Nafiizwan Adnan dengan 11-7, 11-4 dan 11-9.

Mohd Nafiizwan akan menentang Muhammad Asyraf Azan pada final esok selepas Muhammad Asyraf mengejut pemain pilihan kedua, Ivan Yuen 12-10, 12-14, 12-10, 3-11 dan 11-5 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Selepas perlawanan tamat, bapa Yuen dan pengadil perlawanan bertikam lidah berikutan dakwaan pengadil itu membuat beberapa keputusan berat sebelah.

Bagaimanapun situasi tegang di tempat duduk penonton itu berjaya diredakan oleh beberapa pegawai Persatuan Skuasy Malaysia.

Sementara itu, dalam acara separuh akhir wanita, pemain pilihan utama, Delia Arnold menepati ramalan apabila dengan mudah menewaskan Teh Min Jie, 11-4, 11-4, 11-2 untuk layak ke final.

Delia akan menentang juara bertahan dan pilihan kedua, Low Wee Wern pada perlawanan akhir esok.

Wee Wern, yang menyertai kejohanan pertama sejak kembali daripada kecederaan lutut, menempah slot final selepas mengetepikan pemain junior, Vanessa Raj, 11-4, 11-8 dan 11-8.

Dalam pada itu, Delia berkata beliau gembira untuk layak ke final buat kali ketiga dan berharap dapat meneruskan momentum kejayaan pada perlawanan akhir esok.

"Saya gembira dengan prestasi semasa dan tidak mahu membuat sebarang ramalan untuk final esok," katanya yang kalah kepada Wee Wern pada final 2012.

Katanya beliau akan menamatkan saingan musim ini dengan menyertai Terbuka Hong Kong dari 29 Nov hingga 6 Dis ini dan Kejohanan Wanita Dunia di sini dari 11 hingga 18 Dis ini.

Sementara itu, Wee Wern berkata beliau tidak mahu menghitung peluang merangkul kejuaraan kali ini kerana masih mencari rentak terbaik untuk kembali semula ke tahap yang lebih baik.

"Hari ini, saya rasa lebih baik tetapi pergerakan saya tidak begitu lancar seperti sebelum ini. Saya kini menumpukan perhatian terhadap cara menguruskan permainan dengan baik khusus pada kejohanan akan datang," kata pemain berusia 25 tahun itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan