Mohd Nafiizwan Mara Ke Final Kelayakan Klasik Qatar

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2015 2:20 PM

Mohd Nafiizwan Adnan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain negara, Mohd Nafiizwan Adnan melangkah ke pusingan kelayakan akhir Kejohanan Skuasy Klasik Qatar 2015 yang berlangsung di Kompleks Tenis dan Skuasy Antarabangsa Khalifa di Doha, Qatar.

Dalam perlawanan kelayakan pertama lewat Khamis, pemain berusia 29 tahun berasal dari Kuala Terengganu itu hanya mengambil masa 27 minit mengetepikan pemain Switzerland, Jonas Daehler dalam keputusan yang tidak dijangka; menang 11-9, 11-5, 11-7 menurut laman web skuasy; www.squashsite.co.uk.

Mohd Nafiizwan akan menentang pemain veteran Finland, Olli Tuominen lewat Jumaat bagi menentukan pemain yang berjaya mara ke undian utama kejohanan.

Tuominen mara ke pusingan kelayakan akhir selepas lawannya, pemain tuan rumah, Ahmed Mohammed Al Tamimi memberi kemenangan percuma.

Bagi kategori wanita, ratu skuasy negara dan pemain nombor dua dunia, Datuk Nicol Ann David akan memulakan perlawanan lewat Sabtu, untuk mempertahankan kejuaraannya menentang pemain Guyana Nicolette Fernandes.

Nicol memenangi kejuaraan itu lima kali -- 2007 (pada April dan Oktober), 2008, 2010 dan 2011.

Untuk rekod, kategori wanita kejohanan itu tidak diadakan pada 2012 hingga 2014 manakala kategori lelaki tidak dipertandingkan tahun lepas berikutan Kejohanan Skuasy Dunia 2014 yang berlangsung di negara sama. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan