Chong Wei Rangkul Juara Terbuka Perancis - Raket | mStar

Chong Wei Rangkul Juara Terbuka Perancis

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 11:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei meraih gelaran Siri Super pertamanya musim ini selepas muncul juara di Terbuka Perancis di Stade Pierre de Coubertin, Paris, malam Ahad.

Chong Wei yang genap berusia 33 tahun empat hari lepas menang selepas menundukkan pemain nombor lima dunia, Chou Tien Chen dari Taiwan 21-13, 21-18 dalam pertarungan 47 minit.

Ini adalah gelaran pertama Siri Super buat Chong Wei dalam tempoh 16 bulan selepas kali terakhir memenanginya di Terbuka Jepun pada Jun 2014.

Kemenangan ini pasti suntikan terbaik buat bekas pemain nombor satu dunia itu selepas kemampuannya mula dipertikai dalam tiga penampilannya di Siri Super - Terbuka Jepun, Terbuka Korea dan Terbuka Denmark -  termasuk gagal melepasi pusingan kelayakan di Terbuka Korea, bulan lepas.

Namun Chong Wei berdepan kebangkitan Chou, 25, di set kedua apabila membenarkan lawan itu merapatkan kedudukan 19-18 selepas mendahului selesa 17-7 di set kedua.

Sejak bebas daripada penggantungan akibat kesalahan doping Mei lepas, Chong Wei hanya sekadar meraih dua gelaran kejohanan bertaraf Grand Prix Emas iaitu Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Kanada, kedua-duanya pada Jun, sebelum muncul naib juara dunia Ogos lepas.

Ini juga adalah gelaran ketiga Chong Wei di Terbuka Perancis selepas menjuarainya pada 2007 dan 2011.




Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan