Chong Wei Mara Ke Suku Akhir Pertama Sejak Bebas Penggantungan

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 7:00 AM

Lee Chong Wei.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke suku akhir Siri Super Terbuka Perancis selepas menundukkan juara remaja dunia 2010, Viktor Axelsen dari Denmark di Paris malam Khamis.

Chong Wei, 33, yang tewas set pertama 12-21, bangkit memperkemaskan permainan untuk menjinakkan lawannya yang 12 tahun muda daripadanya apabila memenangi dua set berikutnya 21-17, 21-14.

Ini adalah kemaraan suku akhir pertamanya dalam sirkit Siri Super musim ini selepas bebas daripada penggantungan lapan bulan akibat kesalahan doping Mei lalu.

Di suku akhir pada Jumaat, Chong Wei akan menentang pemain veteran Jepun, Sho Sasaki yang mara selepas menundukkan rakan senegaranya, Kento Momota 15-21, 21--19, 21-19.

Begitupun cabaran pasangan Goh V Shem/Tan Wee Kiong berakhir di pusingan kedua apabila tunduk kepada Kim Gi Jung/Kim Sa Rang dari Korea Selatan 11-21, 18-21.

Sebelum itu, pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi mudah melepasi lawannya di pusingan pertama yang diadakan awal pagi Khamis apabila pilihan ketujuh, Sung Ji Hyun dari Korea Selatan menarik diri ketika ketinggalan 2-4 di set pertama.

Tee akan menentang pemain Indonesia, Maria Febe Kusumastuti di pusingan kedua awal pagi esok waktu Malaysia.

Pasangan veteran negara, Koo Kien Keat/Tan Bon Heong turut melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan beregu England, Andrew Ellis/Peter Mills 21-16, 21-17.

Di pusingan kedua awal pagi Jumaat, mereka akan berdepan pasangan Jepun, Hiroyuki Endo/Kenichi Hayakawa. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan