Wei Feng Mara Ke Undian Utama Terbuka Perancis - Raket | mStar

Wei Feng Mara Ke Undian Utama Terbuka Perancis

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan kedua negara, Chong Wei Feng layak ke undian utama badminton Siri Super Terbuka Perancis selepas melepasi dua halangan peringkat kelayakan malam ini.

Di pusingan pertama kelayakan di Stade Pierre de Coubertin, Paris, Wei Feng menewaskan Christian Lind Thomsen dari Denmark 21-10, 21-9 sebelum menundukkan  Raul Must dari Estonia 21-11, 21-11.

Wei Feng akan menentang pemain veteran Jepun, Sho Sasaki di perlawanan pusingan pertama hari ini.

Pemain wanita negara, Tee Jing Yee turut melangkah ke undian utama selepas menundukkan pemain tuan rumah, Delphine Lansac 21-11, 21-12 di perlawanan keduanya di peringkat kelayakan.

Tee yang sebelum itu menundukkan pemain Amerika Syarikat, Schafer Rong 24-22, 21-11 akan berdepan pilihan ketujuh, Sung Ji Hyun dari Korea Selatan di pusingan pertama hari ini.

Sementara itu, pasangan negara Hoon Thien How/Lim Khim Wah memberi kemenangan percuma kepada pasangan Perancis, Gregor Dunikowski/Thom Gicquel berikutan kecederaan yang dialami Hoon.

Tumpuan pusingan pertama esok pastinya terarah kepada pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei yang akan membuka kempennya menentang wakil tuan rumah, Brice Leverdez.

Ini berikutan prestasinya yang agak merosot sejak kebelakangan ini termasuk tewas di pusingan kedua Terbuka Denmark di tangan pemain Hong Kong, Wei Nan, minggu lepas.

Tags / Kata Kunci: Perancis , Badminton
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan