Chong Wei Mara Ke Pusingan Kedua Siri Super Terbuka Perancis

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 11:52 PM

Lee Chong Wei.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan kedua kejohanan badminton Siri Super Terbuka Perancis manakala cabaran Chong Wei Feng berakhir di Stade Pierre de Coubertin, Paris malam Rabu.

Chong Wei yang memburu peluang menebus kekecewaaan tewas di pusingan awal dua kejohanan terakhirnya - Terbuka Denmark dan Terbuka Korea - memulakan kempennya di Paris dengan menundukkan pemain tuan rumah, Brice Leverdez 21-7, 21-15.

Di pusingan kedua Khamis, Chong Wei akan menentang pemenang perlawanan antara pilihan ketujuh, Viktor Axelsen dari Denmark dan pemain Hong Kong, Wei Nan yang menewaskannya di peringkat sama Terbuka Denmark minggu lepas.

Wei Feng yang mara ke undian utama menerusi peringkat kelayakan semalam, tunduk kepada pemain veteran Jepun, Sho Sasaki 18-21, 11-21.

Sementara itu, pasangan utama wanita negara, Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei gagal mengambil kesempatan mendahului 17-13 di set kedua selepas menang set pembukaan 21-19 sebelum tunduk 21-19, 19-21, 10-21 kepada pilihan ketiga,  Christinna Pedersen/Kamilla Rytter Juhl dari Denmark.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Singapura, Amelia Alicia Anscelly/Soong Fie Cho turut ditunjuk jalan keluar selepas tewas 14-21, 16-21 di tangan Chae Yoo Jung/Kim So Yeong dari Korea Selatan.

Tiga lagi wakil negara, Tee Jing Yi (perseorangan wanita) dan dua pasangan beregu lelaki Koo Kien Keat/Tan Boon Heong dan Goh V Shem/Tan Wee Kiong akan beraksi lewat malam Rabu.

Cabaran beregu campuran negara yang dipikul Chan Peng Soon/Goh Liu Ying dan Wong Fai Yin/Chow Mei Kuan berakhir semalam selepas tewas kepada lawan masing-masing. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan