Tengku Mahaleel Dijangka Letak Jawatan Presiden BAM

Diterbitkan: Sabtu, 17 Oktober 2015 11:17 PM

Tengku Mahaleel Tengku Arif

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Arif dijangka meletak jawatan sewaktu mesyuarat majlis persatuan itu di Subang pada Ahad.

Menurut sumber BAM, kesihatan Tengku Mahaleel yang menduduki kerusi berkenaan sejak 2013 tidak begitu mengizinkan dan berikutan itu, besar kemungkinan memilih melepaskan jawatan itu walaupun tempohnya hanya akan berakhir pada 2017.

"Kesihatan Tan Sri (Tengku Mahaleel) tidak berapa baik, mungkin akan ada pengumuman penting esok, jadi tunggu esok untuk kenyataan rasmi," kata sumber dalaman BAM pada Sabtu.

Tengku Mahaleel juga dikatakan tidak disenangi kebanyakan anggota Majlis BAM kerana jarang berada di Kuala Lumpur, sekali gus menyukarkan kelancaran tugas di BAM berikutan masih menetap di Kota Baru.

Namun difahamkan peletakkan jawatan itu sudah dijangkakan sebelum ini malah menurut sumber lain, ia telah diatur serta dipersetujui oleh empat orang termasuk Tengku Mahaleel sendiri.

Malah ketika ini, sudah berlaku pergeseran dalam menentukan siapa yang bakal memangku jawatan itu di antara dua Timbalan Presiden iaitu Tan Sri Mohamed Al Amin Abd Majid dan Datuk Seri Norza Zakaria.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan