Terbuka Amerika: Nicol Tumpas Kepada Laura Massaro

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 12:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aksi cemerlang juara lapan kali skuasy wanita dunia, Datuk Nicol Ann David dalam Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat 2015 tersekat setelah beliau tumpas kepada pemain England, Laura Massaro, kekalahan kelima beliau bagi tahun ini.

Menurut laman web rasmi kejohanan, www.usopensquash.com, pemain berusia 32 tahun itu tewas 2-3 kepada pemain pilihan kelima itu di separuh masa kedua perlawanan suku akhir.

Perlawanan sengit lima set yang berlangsung di Drexel University, Philadelphia, itu mengambil masa sejam 11 minit.

Nicol, pemain pilihan utama kejohanan, bermula dengan baik dengan menguasai dua set pertama 11-8, 11-4, bagaimanapun Laura bangkit semula di set ketiga dan menang 11-6.

Pemain negara itu bagaimanapun nampak kehilangan rentak di set keempat, membolehkan lawannya menyamakan mata dengan 11-8.

Dalam set penentuan, kedua-dua pemain beraksi dengan semangat tinggi namun Laura menang 12-10 membolehkan beliau menempah tempat ke separuh akhir.

Beliau akan bertemu pemain Mesir Omneya Abdel Kawy di separuh akhir selepas menewaskan pemain India Dipika Pallikal 9-11, 11-6, 11-8, 2-11 dan 11-3.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Nicol David , Laura Massaro

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan