GP Emas Terbuka Belanda: Zulfadli Ketuai Kemaraan Pemain Malaysia Ke Pusingan 2 - Raket | mStar

GP Emas Terbuka Belanda: Zulfadli Ketuai Kemaraan Pemain Malaysia Ke Pusingan 2

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2015 9:27 PM

Zulfadli Zulkiffli

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli mengetuai kemaraan pemain negara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Belanda di Arena Topsportcentrum Almere, Belanda.

Zulfadli yang masih memburu kejuaraan sulungnya di pentas senior, mudah mengalahkan pemain Perancis, Lucas Claerbout 21-11, 21-10 dalam masa 37 minit di pusingan pertama acara perseorangan lelaki, Selasa.

Beliau yang juga pilihan keenam dijadual menentang pemain veteran Finland, Ville Lang pada aksi pusingan kedua pada pukul 10.30 malam Rabu waktu tempatan (4.30 pagi waktu Malaysia).

Juara Siri Antarabangsa Poland 2015, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Goh Soon Huat dan Soo Teck Zhi turut melangkah ke pusingan kedua setelah mengatasi lawan masing-masing pada aksi pusingan pertama.

Iskandar melakar kejutan menerusi kemenangan 21-10, 21-15 ke atas pilihan ke-14, Anand Pawar dari India, Goh mengenepikan Adi Pratama dari Indonesia 21-16, 21-13 manakala Soo menewaskan pemain Perancis, Lucas Corvee 21-18, 21-16.

Namun adik Zulfadli, Zulhelmi tewas di pusingan pertama apabila tidak meneruskan permainan ketika ketinggalan 19-20 di set kedua selepas tewas set pertama 12-21 kepada Chun-Wei Chen dari Taiwan.

Pemain pelapis negara, Chiang Jiann Shiarng turut kalah 9-21, 15-21 kepada pemain Lithuania, Kestutis Navickas.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan