Impian Ferrer Rangkul Juara Terbuka Malaysia Jadi Kenyataan

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2015 6:33 PM

David Ferrer. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain No.8 dunia dari Sepanyol, David Ferrer akhirnya berjaya merangkul gelaran juara Terbuka Malaysia buat kali pertama selepas menundukkan rakan senegaranya, Feliciano Lopez 7-5 7-5 pada aksi sengit di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad.


Kedua-dua bintang tenis Sepanyol itu mendominasi pentas akhir edisi ketujuh kejohanan tahun ini sekaligus telah membuatkan penonton-penonton yang hampir memenuhi stadium tidak senang duduk dengan aksi 'kejar mengejar' mereka.

Ferrer dan Lopez menjadi pemain pilihan pertama dan kedua kejohanan dilihat mempamerkan permainan berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan yang boleh memberikan mata kepada salah seorang daripada mereka.

Bagaimanapun Ferrer berjaya mencatat kemenangan pada set pertama dengan keputusan 7-5. Manakala Lopez yang dilihat sentiasa menjerit apabila melakukan kesilapan cuba mengawal permainan sebaik mungkin dengan memastikan kedudukan mata tidak ketinggalan dan cuba membawa Ferrer bermain secara rubber-set.

Namun Ferrer yang kelihatan tenang berjaya memperdayakan lawannya itu dengan pukulan kencang sebelum menamatkan aksi set kedua 7-5 dengan penuh keyakinan.

Bekas pemain nombor tiga dunia itu antara bintang yang setia menyertai kejohanan ATP 250 sejak tahun 2009, namun tuahnya untuk menjulang trofi kejuaraan di Kuala Lumpur dalam empat edisi sebelum ini tidak kesampaian.

"Saya sangat gembira. Saya bermain dengan baik, menerima dan melakukan servis dengan sempurna  serta konsisten permainan yang konsisten.

“Amat penting bagi saya untuk melakukan servis dengan baik kerana ia akan menjadi sukar berdepan dengan Feliciano memandangkan dia banyak memberi tekanan di jaring.

“Tahun yang baik kerana saya menang semua aksi akhir,” jelasnya pemain berusia 33 tahun ini.

Manakala aksi Lopez mara ke final tahun ini dianggap pencapaian terbaik sepanjang dua edisi sebelum ini yang menyaksikan dia tewas pusingan kedua tahun 2012, manakala ketika edisi sulung kejohanan ini diadakan (2009), pemain kidal ini tersingkir di pusingan awal.

“Saya sudah melakukan yang terbaik tetapi ia belum cukup untuk menewaskan dia (David). Malah saya rasakan dia antara salah seorang pemain terpantas di dunia membalas pukulan servis.

“Saya memang ingin yang terbaik, namun gagal kerana dia lebih baik daripada saya,” jelasnya selepas perlawanan.

Selain itu, trofi sulung di Kuala Lumpur ini menjadikan Ferrer berjaya menambah koleksi kejayaan tahun ini selepas turut bergelar juara  pada Terbuka Rio, Terbuka Qatar dan Terbuka Rio baru-baru ini.

Tags / Kata Kunci: David Ferrer , MOKL

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan