MOKL: Impian Ferrer Ke Pentas Akhir Tercapai - Raket | mStar

MOKL: Impian Ferrer Ke Pentas Akhir Tercapai

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2015 7:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: David Ferrer dikerah bermain sehingga rubber-set sebelum mencatat kemenangan 3-6 6-2 6-4 ke atas Benjamin Becker sekaligus mara ke saingan akhir buat kali pertama Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia (MOKL) 2015 di Stadium Putra Bukit Jalil, pada Sabtu.


Ferrer,33, selaku pemain pilihan pertama kejohanan ini dikejutkan dengan kekalahan pada set pertama kepada pemain  Jerman itu dengan 3-6, namun kembali menemui rentak permainan pada dua set terakhir dalam tempoh dua jam lima minit.

Edisi 2014 menyaksikan Becker tewas pada saingan suku akhir kepada Ernests Gulbis dari Latvia, namun tahun ini sekali lagi menemui jalan buntu ke saingan akhir kepada pemain No.8 dunia itu.

Sudah pasti Ferrer yang tampil buat kali kelima kejohanan ini sejak tahun 2009 akan menggunakan peluang layak ke final ini sebaik-baiknya selepas tersekat di saingan separuh akhir pada aksi 2010 dan 2012.

Naib juara Terbuka Perancis 2013 ini bakal bertemu rakan senegaranya, Feliciano Lopez yang turut menang ke atas pemain Australia, Nick Kyrgios pada aksi sebelum ini.


Tags / Kata Kunci: MOKL , David Ferrer , Benjamin Becker , Final
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan