MOKL: Sokongan Penonton Bantu Kyrgios Ke Separuh AKhir

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2015 3:35 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Saingan pembukaan suku akhir pada Jumaat menyaksikan aksi sengit di antara pemain muda Australia Nick Kyrgios yang berjaya menewaskan pemain veteran Croatia Ivo Karlovic, 7-6 7-6 di Stadium Putra Bukit Jalil, Jumaat.


Kehadiran penonton yang memenuhi ruang di hadapan gelanggang utama turut memberi sokongan kepada Kyrgios yang tidak melepaskan peluang menggunakan tenaga mudanya untuk memberi tekanan kepada Karlovic.

Kedua-dua pemain enggan mengaku kalah, malah masing-masing cuba mengejar antara satu sama lain untuk mengutip mata, namun Kyrgios berjaya menamatkan permainan dengan straight set sekaligus mara ke saingan separuh akhir pada Sabtu.

Pemain kelahiran Australia yang memiliki darah campuran Malaysia-Greece dengan ibunya, Norlaila adalah rakyat Malaysia menjadi tumpuan peminat-peminat tenis tempatan pada penampilan pertamanya di Kuala Lumpur tahun lalu.

Namun  prestasinya jauh berbeza tahun ini apabila menjadi pemain pertama menempah tiket ke kelompok empat terbaik pada aksi Sabtu ini.

“Saya berpuas hati dengan permainan hari ini walaupun saingan yang agak sengit, tetapi berjaya membuat servis yang baik.

“Kemenangan ini menjadikan saya lebih yakin untuk beraksi lebih baik pada pusingan separuh akhir nanti, dan saya jangkakan akan bertemu Pospisil memandangkan dia mengharungi tahun yang baik musim ini.

“Pun begitu saya tetap berwaspada kerana dia adalah seorang pemain yang berbahaya,” jelasnya kepada media selepas perlawanan.

Vasek Pospisil dari Kanada bertemu Feliaciano Lopez (Sepanyol) dalam satu lagi aksi suku akhir hari ini.

Dalam pada itu, Krygios juga mengakui sokongan daripada penonton-penonton tempatan juga membuatkan dia teruja untuk mempamerkan aksi yang lebih baik.


Tags / Kata Kunci: Nick Kyrgios

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan