Tenis: Ferrer Tidak Putus Asa Buru Gelaran Terbuka Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 1:21 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor lapan dunia, David Ferrer  tidak akan berputus asa untuk meraih kejuaraan pada Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia (MOKL) 2015 di Stadium Putra di Bukit Jalil, di sini.


Pemain Sepanyol berusia 33 tahun itu yang hanya beraksi dalam pusingan awal pada 2009, sebelum mara ke separuh akhir pada 2010 dan 2012 serta suku akhir pada 2013, berharap nasib menyebelahinya untuk bergelar juara kali ini.

"Saya masih ingat kali pertama saya di Malaysia pada 2009. Saya sentiasa mendapat sokongan daripada peminat. Saya tidak pernah mara ke perlawanan akhir (MOKL) di sini. Mungkin saya tidak akan menang (di sini) tetapi saya akan memberikan tentangan hebat.

"Tahap kecergasan saya baik...saya mahu beraksi dua atau tiga tahun lagi. Tahap motivasi saya sama seperti pemain berusia 20 tahun," katanya pada sidang media di sebuah hotel pada Selasa.

Setakat ini, Ferrer sudah memenangi tiga gelaran iaitu Terbuka Qatar, Terbuka Rio dan Terbuka Mexico pada tahun ini.

Ferrer yang berada di kedudukan mantap dalam kelompok 10 terbaik dunia, akan disertai pemain muda berbakat, Grigor Dimitrov dari Bulgaria, yang berada di ranking ke-11 dunia, Feliciano Lopez dari Sepanyol (ranking ke-12 dunia) serta pemain dengan jolokan 'half kampung kid', Nick Kyrgios pada kejohanan kali ini.

Sementara itu, pemain ternama India, Leander Paes akan kembali mempertahankan gelarannya dalam acara beregu lelaki pada MOKL tahun ini, berpasangan dengan pemain muda, Grigor Dimitrov dari Poland.

Paes yang meraih kejuaraan MOKL 2014 bersama Marcin Matkowski dari Poland, diletakkan sebagai pilihan utama dalam undian utama kejohanan berkenaan tahun ini.

Seramai 28 pemain perseorangan dan 16 pasangan beregu akan beraksi pada kejohanan itu kali ini, yang menawarkan hadiah wang tunai US$1,041,540 (kira-kira RM4,411,755).

Leander yang sudah berpengalaman lebih 20 tahun bermain tenis, berkata beliau percaya bahawa keyakinan diri adalah sangat penting di dalam gelanggang kerana menang atau kalah dalam mana-mana kejohanan adalah perkara biasa.

"Memenangi tiga Grand Slam dalam setahun (gelaran beregu campuran bersama Martina Hingis) adalah sangat istimewa bagi saya. Ia berasa hebat jika usaha keras anda membuahkan hasil dan paling penting adalah percaya kepada diri sendiri bahawa anda berhak untuk menang," kata pemain berusia 42 tahun itu.

Pemain berkarisma India itu sudah memenangi 55 gelaran beregu dalam kariernya termasuk kejuaraan Grand Slam.

Tags / Kata Kunci: David Ferrer , Terbuka Malaysia , MOKL

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan