Tenis: Becker Ke Suku Akhir, Zverev Jumpa Lopez

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 5:32 PM

Becker mara ke saingan suku akhir selepas menewaskan pemain Perancis, Chardy pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Benjamin Becker mencatat rekod pertama mara ke suku akhir Jelajah ATP tahun ini setelah menewaskan pemain pilihan keenam Jeremy Chardy 5-7 6-1 7-5 pada aksi pusingan kedua Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil pada Rabu.

Bagaimanapun Becker,34, terpaksa bekerja keras bangkit pada set kedua untuk membawa permainan ke rubber-set selepas tewas 5-7 pada set pertama dan mengesahkan kemenangan dalam tempoh dua jam enam minit.

Pada edisi 2014 menyaksikan  Becker tewas kepada Ernests Gulbis (Latvia) dalam aksi ATP 250 ini.

Dalam pada itu, saingan hari ini juga menyaksikan Mischa Zverev yang berjaya melepasi pusingan kelayakan sebelum ini bakal berdepan dengan pemain pilihan kedua, Feliciano Lopez selepas mengetepikan Rajeev Ram 7-6(2) 3-6 6-3 di pusingan pertama dalam tempoh satu jam 49 minit.

Lopez bakal mempamerkan aksi sulung pada Khamis selepas mendapat bye bagi pusingan pertama.

Tags / Kata Kunci: Tenis Terbuka Malaysia

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan