MOKL: Kehadiran Penonton Hambar, Bintang ATP Tetap Beri Aksi Sengit

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 11:30 PM

Perlawanan pusingan pertama petang Selasa lengang tanpa kehadiran ramai penonton.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejohanan Tenis ATP 250 Terbuka Malaysia 2015 (MOKL) yang memasuki hari ketiga pada Selasa menyaksikan bahang saingan sengit semakin terasa dengan bermulanya aksi pusingan pertama bagi undian utama.


Walaupun kehadiran penonton boleh dikira dengan bilangan jari, pemain-pemain yang beraksi di saingan ini tetap memberi persembahan yang mendebarkan dalam mencari mata kemenangan.

Suasana hambar di luar stadium gara-gara serangan jerebu sejak dua minggu lalu mungkin menjadi salah satu faktor kekurangan penonton ke stadium biarpun hari ini tidak dikenakan sebarang tiket perlawanan.

Salah seorang penonton yang hadir bersama abangnya, Maria Chan mengakui kejohanan tahun ini kurang bernasib baik dengan pelbagai sebab.

“Saya memang peminat sukan tenis dan setiap tahun akan hadir menyaksikan pemain-pemain dunia beraksi di sini walaupun tanpa kelibat pemain negara dalam aksi utama.

“Jerebu yang teruk kebelakangan juga mungkin membuatkan orang ramai tidak selesa untuk keluar. Lagipun hari biasa ramai yang sibuk bekerja,” jelasnya yang telah membeli tiket untuk perlawanan pusingan kedua hingga akhir nanti.

Penganjur kejohanan memberi peluang kepada peminat-peminat tenis menonton perlawanan secara percuma bermula Sabtu lalu hingga Selasa.

Manakala bermula Rabu, penonton perlu membeli tiket dengan harga yang berpatutan dari RM10 hingga RM260 dan boleh dibeli secara atas talian menerusi laman sesawang www.MalaysianOpenTennis.com atau menerusi telefon 603-9222 8811.

Pun begitu, kehadiran penonton dijangka meningkat pada hari terakhir kejohanan ketika aksi final berlangsung, seperti edisi sebelum ini.

Kejohanan yang mula dianjurkan sejak tahun 2009 ini bakal menawarkan hadiah lumayan keseluruhan bernilai $1,041,540 (RM4,013,782) yang menampilkan pemain berstatus bintang dunia seperti David Ferrer dan Feliciano Lopez dari Sepanyol.

Tags / Kata Kunci: Tenis Terbuka Malaysia , MOKL

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan