Tenis: Beregu Negara Akhiri Saingan Terbuka Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2015 8:57 PM

Mohd Assri (kiri) dan Syed Mohd Agil.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hasrat untuk melihat wakil Malaysia beraksi ke peringkat tertinggi Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia (MOKL) tidak kesampaian selepas wakil tunggal undian utama, Mohd Assri Merzuki-Syed Mohd Agil Syed Naguib tewas dalam acara beregu kepada Santiago Gonzalez/Philip Petzschner di Stadium Putra Bukit Jalil, petang Isnin.


Pasangan beregu kebangsaan ini mara ke aksi undian utama secara wild card gagal menyekat gandingan pemain Mexico dan Jerman itu yang ternyata lebih berpengalaman dengan keputusan 7-5 6-2.

Pun begitu Mohd Assri/Syed Mohd Agil tidak memberi mata mudah kepada lawan dan tidak ketinggalan jauh pada set pertama. Namun pada set kedua mereka akur tewas dalam tempoh 1 jam 2minit 14 saat.

Selain itu, cabaran negara dalam acara perseorangan turut berakhir pada aksi kelayakan kedua (Ahad) selepas Ahmad Deedat Abdul Razak tewas kepada Michal Przysiezny dari Poland 1-6, 1-6.

Selain gandingan Mohd Assri-Syed Agil serta Ahmad Deedat, dua lagi pemain Malaysia yang turut menerima wild card termasuk Mohd Ashaari Zainal Abidin yang pernah beraksi di kejohanan ini serta muka baharu tenis tanah air,  Christian Oliver Lee yang bermain dalam acara perseorangan pusingan kelayakan sebelum ini.

Seramai 28 pemain perseorangan dan 16 beregu bersaing pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan lebih AS$1 juta bermula dari 26 September hingga 4 Oktober ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan