Ahmad Deedat Tewas Di Pusingan Kedua Kelayakan MOKL

Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 9:48 PM

Aksi pemain Malaysia Ahmad Deedat Abdul Razak ketika menentang pemain Poland Michal Przysiezny pada pusingan kedua kelayakan Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia 2015 di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cabaran pemain perseorangan negara berakhir di kejohanan tenis Terbuka Malaysia (MOKL) selepas Ahmad Deedat Abdul Razak tewas di pusingan kedua peringkat kelayakan pada Ahad.

Ahmed Deedat, 22, yang mendapat tiket wild card, gagal meneruskan kecemerlangannya apabila tewas straight set kepada Michal Przysiezny dari Poland 1-6, 1-6 dalam masa 51 minit di Stadium Putra, Bukit Jalil.

"Saya belum bersedia daripada segi fizikal dan teknikal. Tahap permainan hari ini adalah terlalu pantas untuk saya...dan saya belum sampai ke tahap itu. 

"Kejohanan ini memberi pengalaman khususnya daripada segi fizikal dan teknikal. Saya memerlukan lebih banyak kejohanan kompetitif untuk meningkatkan kualiti permainan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Sementara itu, pilihan utama pusingan kelayakan, Yuchi Sugita dari Jepun mara ke pusingan akhir kelayakan selepas menewaskan Andre Begemann dari Jerman 6-2, 6-1, begitu juga dengan pilihan kedua, Luca Vanni dari Itali yang menang 6-4, 6-3 ke atas pemain Mexico, Santiago Gonzales.

Turut mara, pilihan kelima Matteo Donato dari Itali yang menewaskan wakil Australia, Harry Bourchier 6-2, 6-2, Yasutaka Uchiyama dari Jepun yang mengalahkan rakan senegaranya, Takao Suzuki 6-2, 6-2.

Sementara itu, pemain bukan pilihan, Artem Stak dari New Zealand turut mara ke pusingan akhir kelayakan selepas mengetepikan pilihan keenam, Thomas Fabbiano dari Itali 3-6, 6-4, 6-3 manakala Mischa Zverev dari Jerman menundukkan rakan senegara, Philipp Petzschner 7-6 (6), 6-4. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Ahmed Deedat Abdul Razak

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan