Salah Faham Antara Chong Wei Dan Frost Selesai - Khairy

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2015 9:37 PM

Lee Chong Wei.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengesahkan perselisihan faham antara Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen dan Datuk Lee Chong Wei sudah selesai.

Dalam pertemuan dengan Chong Wei, Jumaat, katanya bekas pemain nombor satu dunia itu itu telah memberikan jaminan bahawa masalahnya dengan Frost tidak akan berterusan.

Katanya, Chong Wei menyatakan bahawa beliau rasa letih dan memerlukan rehat selepas tidak berhenti daripada menyertai kejohanan apabila kembali semula daripada penggantungan, Mei lepas.

Chong Wei digantung lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) atas kesalahan doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, akhir Ogos tahun lepas.

Chong Wei turut menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai masalah dengan Frost dan hanya meminta disediakan rakan sepelatih untuk dibawa ke kejohanan di luar negara, kata Khairy kepada pemberita selepas merasmikan jualan promosi barangan sukan sempena Hari Sukan Negara di sini, Sabtu.

Mengenai penganjuran sulung Hari Sukan Negara pada 10 Oktober ini, Khairy menyasarkan lebih lapan juta penyertaan daripada rakyat Malaysia termasuk murid-murid sekolah dari seluruh negara. 

Katanya, dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN), atlet berprestasi tinggi negara juga akan mengambil bahagian dalam penganjuran kali ini. 

"MSN dan ISN akan selaraskan program yang melibatkan atlet, di mana akan diadakan kejohanan kebangsaan supaya mereka terlibat sama dalam aktiviti sukan pada hari itu. 

"Lagipun, Hari Sukan Negara bukan acara khusus untuk atlet...ia adalah untuk rakyat Malaysia," katanya. 

Khairy berkata sehingga kini, lebih 9,500 aktiviti berkaitan sukan akan dianjurkan sempena penganjuran Hari Sukan Negara melibatkan agensi kerajaan, pihak swasta, sekolah, institut pengajian tinggi, peringkat negeri dan juga kampung.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan