Terbuka Korea: Cabaran Malaysia Berakhir Di Suku Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia di kejohanan badminton Siri Super Terbuka Korea berakhir selepas gandingan Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong tewas di suku akhir di Gimnasium Olimpik 2, Seoul, Korea Selatan, Jumaat.

Pasangan veteran yang merupakan naib juara Kejohanan Dunia 2010 itu tunduk mudah di tangan beregu China, Fu Haifeng/Zhang Nan, 16-21, 12-21 dalam masa 31 minit.

Koo/Tan menempah tempat ke suku akhir selepas mempamerkan aksi cemerlang menjinakkan pilihan kelima, Chai Biao/Hong Wei dari China 21-14, 21-12 di pusingan kedua pada Khamis.

Untuk rekod, Koo/Tan sudah memenangi dua gelaran sejak kembali ke gelanggang pada Mei lepas iaitu di Cabaran Antarabangsa Sri Lanka pada Jun dan Cabaran Antarabangsa Rusia pada Julai lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Terbuka Korea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan