Seu Bock Dihantar Ke Seoul Bantu Chong Wei

Diterbitkan: Ahad, 13 September 2015 11:29 AM

Seu Bock (kiri) bersama Chong Wei ketika Sukan Asia di Incheon tahun lalu. Foto: THE STAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat kejutan dengan menghantar jurulatih Tey Seu Bock bagi menemani Datuk Lee Chog Wei pada Terbuka Korea di yang akan bermula Selasa ini.

Seu Bock berangkat ke Seoul pada Ahad.

Sebelum ini Chong Wei ditemani Pengarah Teknikal, Morten Frost ketika Terbuka Jepun, namun jaguh badminton negara itu tewas berturut-turut kepada pemain China, Lin Dan pada aksi pusingan kedua Khamis lalu.

Chong Wei merupakan wakil tunggal negara berdepan dengan situasi sukar untuk mencari rakan 'sparring' ketika di Jepun.

Beliau juga tanpa diiringi jurulatih Hendrawan di Jepun kerana tidak mempunyai visa.

Spekulasi timbul mengatakan keputusan drastik itu dibuat kerana situasi Frost dan Chong Wei tidak berjalan lancar , namun setiausaha BAM, Ng Chin Chai menolak dakwaan itu.

Katanya, Seu Bock dihantar ke Korea bagi memberi sokongan kepada Frost dalam menguruskan pemain-pemain termasuk pasangan beregu utama,  Goh V Shem-Tan Wee Kiong serta beregu pilihan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

"Keputusan tersebut dibuat selepas melihat situasi  bagaimana Chong Wei tewas kepada Lin Dan di Jepun. Kami dapat rasakan kehadiran Seo Bock dapat membantu Chong Wei membuat persediaan lebih baik dan Morten bersetuju dengan rancangan itu," jelas Chin Chai.

"Sparring dan pemanas badan sebelum perlawanan amat penting buat Chong Wei. Kami percaya Seu Bock dapat membantu dari aspek tersebut.

"Kami tidak boleh menghantar Hendrawan kerana tidak dapat menyediakan visa dalam tempoh singkat. Sebelum ini Seu Bock telah melatih Chong Wei dan dia lebih tahu".

Manakala menurut Frost yang dihubungi pada Sabtu berkata: "Kami memerlukan seseorang di sini bagi membantu dalam sesi pemanas badan bersama Chong Wei. Itu sahaja. Ia adalah keputusan bersama.

"Saya sudah hampir 60 tahun dan tidak mampu berbuat demikian. Kami bersetuju dan ia adalah jalan terbaik dengan menghantar Seu Bock ke sini.

"Ketika Terbuka Jepun, Chog Wei berlatih bersama beberapa pemain...malah dia turut bergandingan dengan pemain Jerman, Marc Zwiebler".

Tags / Kata Kunci: Tey Seu Bock , Lee Chong Wei

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan