Djokovic Mara Ke Final Terbuka AS

Diterbitkan: Sabtu, 12 September 2015 7:37 AM

Novak Djokovic.

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Pemain No.1 dunia, Novak Djokovic menempah laluan mudah ke final tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan juara bertahan, Marin Cilic 6-0, 6-1, 6-2 pada aksi separuh akhir, awal pagi Sabtu.

Djokovic yang juga juara 2011 akan bertemu sama ada juara lima kali, Roger Federer atau Stan Wawrinka yang sedang bertarung dalam perlawanan separuh akhir berasingan.

Pemain Serbia itu kini sudah melangkah ke final bagi kesemua empat kejohanan utama tahun ini.

Beliau turut menjuarai Terbuka Australia dan Wimbledon, manakala menjadi naib juara di Paris.

Pada perlawanan separuh akhir itu, Djokovic hanya mengambil masa 85 minit untuk menyingkirkan Cilic.

Pemain Crotia itu tidak beraksi pada tahap terbaik apabila dilanda kecederaan buku lali.

Cilic yang tampil sebagai pemain pilihan kesembilan melakukan 37 kesilapan sendiri dan hanya merebut 13 mata daripada servis Djokovic.

Tags / Kata Kunci: Novak Djokovic , Terbuka AS

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan