Terbuka Jepun: Pemain Negara Bergelut Sebelum Mara Ke Pusingan Kedua

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 11:00 PM

Aksi Datuk Lee Chong Wei dalam perlawanan pembukaan Terbuka Jepun 2015. -foto AFP

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib juara dunia, Datuk Lee Chong Wei masih bergelut mencari rentak permainan apabila menerima kejutan awal sebelum mara ke pusingan kedua Kejohanan Siri Super Terbuka Jepun di Gimnasium Tokyo Metropolitan, Rabu.

Pada aksi pembukaan, Chong Wei yang mara menerusi pusingan kelayakan, tumpas set pertama sebelum bangkit memperkemaskan permainan untuk menjinakkan pemain veteran Thailand, Boonsak Ponsana 10-21, 21-15, 21-16 dalam aksi hampir sejam itu.

Chong Wei yang memburu gelaran pertama dalam Siri Super musim ini selepas menjuarai Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Kanada, pada Jun lepas, dijadual menentang musuh tradisinya, Lin Dan dari China pada pusingan kedua, esok.

Lin Dan yang diletakkan selaku pilihan kelima, dikerah beraksi sehingga ke rubber-set sebelum menundukkan pemain muda Korea Selatan, Son Wan Ho 17-21, 25-23, 21-17.

Beregu lelaki utama negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong Tan juga dipaksa bekerja keras sebelum mara ke pusingan kedua selepas menundukkan pasangan tuan rumah yang mara dari pusingan kelayakan, Hiroyuki Saeki/Ryota Taohata 19-21, 21-19, 21-16.

Goh/Tan kini akan berdepan pasangan Denmark, Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen di pusingan kedua selepas mereka membuat kejutan menang 21-14, 22-20 ke atas pilihan kelapan, Lee Sheng Mu/Tsai Chia Hsin dari Taiwan.

Dalam pada itu, beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying menepati ramalan selepas menang 21-16, 21-18 ke atas pasangan muda China, Wang Yilv/Luo Yu.

Namun Chan/Goh yang meraih kejuaraan sulung musim ini di Terbuka Poland, Mac lepas berdepan laluan getir pada pusingan kedua apabila akan menentang juara dunia, Zhang Nan/Zhao Yunlei dari China.

Pilihan utama itu mara ke pusingan kedua selepas mengalahkan pasangan Hong Kong, Lee Chun Hei/Chau Hoi Wah 21-13, 23-21 di pusingan pertama.

Sementara itu, satu lagi beregu lelaki negara, Hoon Thien How/Lim Khim Wah gagal meneruskan kemaraan ke pusingan kedua selepas kalah 23-21, 19-21, 11-21 kepada pasangan Korea Selatan, Kim Gi Jung/Kim Sa Rang.

Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara perseorangan dan beregu wanita pada kejohanan bertaraf Siri Super itu yang menawarkan wang tunai keseluruhan berjumlah AS$275,000.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan