Nicol Mahu Rampas Kembali Kedudukan Nombor 1 Dunia - Jurulatih

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 11:35 PM

Datuk Nicol David

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Liz Irving, jurulatih kepada Datuk Nicol David, percaya ratu skuasy Malaysia itu akan mampu merampas kembali kedudukan teratas dalam ranking dunia.

Kedudukan pemain berasal dari Pulau Pinang berusia 32 tahun itu sebagai pemain nombor satu dunia selama 109 bulan berakhir bulan lepas, selepas musuh ketatnya Raneem El Welily dari Mesir merampas posisi itu setelah mengumpul 2,979 mata, 126 mata mengatasi Nicol yang mengutip 2,853 mata.

"Menjadi pemain nombor satu dunia dalam masa begitu lama adalah menakjubkan.Tumpuan beliau terhadap kerjayanya itu amat memberangsangkan.

"Saya tahu dia akan berusaha keras untuk kembali ke sana (sebagai pemain nombor satu dunia)," kata Irving kepada televisyen British, BBC seperti dipetik dalam laman sesawang Persatuan Skuasy Profesional (PSA) www.psaworldtour.com.

Irving, 50, yang berasal dari Australia dan merupakan bekas pemain nombor dua dunia pada akhir 90-an, juga memuji kesungguhan yang ditunjukkan Nicol, sambil menegaskan bahawa juara 79 kali Jelajah Dunia PSA itu mempunyai keupayaan dalam berdepan detik-detik sukar itu.

"Ia sesuatu yang menakjubkan (mendahului Ranking Dunia selama lebih sembilan tahun). Beliau pemain yang hebat. Dedikasi, kesungguhan dan disiplin beliau sangat menakjubkan. Dia sudah tentu melebihi semua jangkaan.

"Apabila mula bekerjasama, tidak pernah termimpi bahawa beliau akan mencapai kejayaan sejauh ini," kata Irving.

Beliau juga yakin Nicol akan kembali bangkit selepas mengalami kekalahan mengejut kepada juara remaja dunia, Nouran Gohar dari Mesir pada saingan suku akhir Terbuka China, minggu lepas.

Nicol akan menebus kekecewaannya di China itu pada Terbuka Macau yang bakal berlangsung selama lima hari, bermula 15 Sept, di mana pemain nombor satu Malaysia itu akan berdepan rakan sepasukanDelia Arnold pada pusingan pertama.
Tags / Kata Kunci: Liz Irving , Datuk Nicol David

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan