Novak Djokovic, Marin Cilic, Jo-Wilfried Tsonga Ke Suku Akhir Terbuka AS

Diterbitkan: Isnin, 7 September 2015 3:17 PM

Novak mara ke suku akhir Grand Slamnya yang ke-26 berturut-turut di Terbuka Amerika Syarikat.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic mencipta satu sejarah baru - memasuki suku akhir kejohanan Grand Slam yang ke-26 secara berturut-turut dengan menumpaskan Roberto Bautista Agut, pada kejohanan Terbuka Amerika Syarikat di New York.

Djokovic menang dengan empat set 6-3 4-6 6-4 6-3 dan kini akan berhadapan Feliciano Lopez.

Lopez tidak pernah menumpaskan Djokovic dalam lima pertemuan mereka sebelum ini.

Kali terakhir mereka bertemu ialah di Terbuka Shanghai tiga tahun yang lalu.

Lopez adalah pemain Sepanyol yang sedang meningkat naik dan kini berada di ranking ke-19 dunia dan tidak pernah melepasi pusingan keempat di kejohanan ini.

Dia kini telah melepasi halangan itu dengan menang 6-3 7-6 (7/5) 6-1 ke atas pemain yang menumpaskan Rafael Nadal, Fabio Fognini.

Satu lagi perlawanan suku akhir bakal menyaksikan penyandang juara, Marin Cilic berdepan dengan pemain veteran Perancis, Jo-Wilfried Tsonga.

Cilic menumpaskan Jeremy Chardy manakala Tsonga pula menumpaskan rakan senegaranya, Benoit Paire, yang sebelum ini menundukkan naib juara tahun lalu, Kei Nishikori di pusingan pertama.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan