Terbuka AS: Nadal Tewas Di Pusingan Ketiga

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 3:27 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Rafael Nadal mengakhiri aksi Grand Slam musim ini apabila tewas kepada pemain Itali, Fabio Fognini 3-6, 4-6, 6-4, 6-3, 6-4 di pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS) walaupun menang dua set awal di gelanggang Flushing Meadows.

Fognini bangkit untuk memenangi tiga set berikutnya dengan melakukan aksi cemerlang di set ketiga dan penentuan untuk mengetepikan cabaran Nadal.

Sebelum ini, Nadal tewas pada suku akhir di Terbuka Australia dan Terbuka Perancis, manakala tersingkir awal di pusingan kedua di Wimbledon.

Fognini akan bertemu seorang lagi pemain Sepanyol, Feliciano Lopez di pusingan keempat nanti selepas mengejutkan pemain pilihan ke-10, Milos Raonic dari Kanada, 6-2 7-6 6-3. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Rafael Nadal , Grand Slam , Fabio Fognini

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan