Terbuka AS: Djokovic Rai Kemenangan Dengan Tarian 'Gangnam Style'

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2015 5:22 PM

(Ubah saiz teks)

JAGUH tenis No.1 dunia, Novak Djokovic meraikan kemenangan dengan tarian 'gangnam style' bagi memenuhi permintaan seorang penonton yang turun ke gelanggang sebaik sahaja perlawanan pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat (AS) berakhir di Flushing Meadows, Khamis. 

Djokovic yang begitu 'sporting' melayan kerenah peminatnya itu berjaya mencatat keputusan straight set 6-4 6-1 6-2 ke atas Andreas Haider-maurer selepas dikejar rapat pada set pertama dengan 5-4.

Namun pemain Serbia itu bangkit memberi lebih fokus pada set kedua dan ketiga tanpa sebarang ruang kepada pemain Australia itu untuk mendekatinya.

Bagaimanapun Djokovic memuji Haider-Maurer yang memberi tentangan sengit pada set pertama mereka.

"Semuanya berjalan dengan baik, tidak berada di gelanggang terlalu lama dan dapat menyelesaikan tugas dalam tiga set," jelasnya Djokovic selepas perlawanan.  

Djokovic dalam misi merangkul gelaran Grand Slam ketiganya tahun ini, malah dalam masa yang sama mahu bergelar juara di Stadium Athur Ashe buat kali kedua selepas 2011.

Pemain berusia 28 tahun ini lebih banyak mengumpul trofi naib juara, 2013, 2012, 2010, 2007. "Saya selalu gagal melangkah kaki ke final sebelum ini.

"Namun berdasarkan keputusan beberapa tahun ini, ia merupakan salah satu perlawanan yang paling konsisten. 

"Selepas 2007 mara ke pentas akhir, saya sentiasa layak ke separuh akhir setiap tahun, jadi sudah tentu kemahuan untuk bergelar juara bermain di fikiran saya.

"Apabila saya tiba di sini, saya dapat merasai perasaan selesa di gelanggang. Saya bermain dengan baik dan akan teruskan begitu," jelasnya.

Djokovic bakal bertemu Andrea Seppi pada aksi pusingan ketiga selepas pemain Itali itu menewaskan Teymuraz Gabashvili dari Rusia dengan keputusan 3-6 6-3 7-6(3) 6-1.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan