Cincinnati Masters: Federer Tebus Kekecewaan Atasi Djokovic

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2015 8:14 AM

Federer melakar kemenangan ketujuh pada kejohanan Cincinnati Masters.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS kecundang di tangan Novak Djokovic pada aksi final Wimbledon bulan lalu, Roger Federer bangkit menebus kekecewaan dengan menundukkan pemain Serbia itu pada final Cincinnati Masters, awal pagi Isnin.

Federer menang 7-6 (1) 6-3 sekali gus membolehkan beliau menjulang trofi ketujuh pada kejohanan tersebut.

Kemenangan tersebut meningkatkan keyakinan Federer untuk berentap pada aksi Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang akan berlangsung pada 31 Ogos hingga 13 September ini.

Federer sedang berusaha meraih gelaran keenamnya di Flushing Meadows.

Pemain Switzerland itu juga akan merampas kembali ranking kedua dunia pada Isnin.

Serena menjulang trofi yang dimenanginya.

Dalam perlawanan berasingan, Serena Williams turut menjulang trofi Cincinnati Masters selepas menewaskan pemain pilihan ketiga Simona Halep 6-3 7-6 (5) di final.

Ia adalah gelaran juara kelima buat Williams pada musim ini.

Terdahulu, Williams turut melakar kejayaan pada Terbuka Australia, Miami, Terbuka Perancis dan Wimbledon.

Tags / Kata Kunci: Cincinnati Masters

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan