Chong Wei Yakin BAM Boleh Bantu Zulfadli Jadi Jaguh

Diterbitkan: Rabu, 19 Ogos 2015 12:05 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei mahu bekas juara remaja dunia, Zulfadli Zulkiffli menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) seandainya ingin menyerlahkan kemampuan sebenarnya.

Bagi Chong Wei, Zulfadli perlu lebih matang menentukan masa depan sendiri sekiranya menyimpan impian memenangi pingat di Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik.

Menurutnya karier Zulfadli akan lebih terurus jika berlatih bersama pemain kebangsaan dalam BAM daripada bergerak sebagai pemain bebas.

Chong Wei berkata Zulfadli perlu membandingkan dirinya dengan pemain Jepun, Kento Momota, 20, yang kini berada dalam kelompok 10 terbaik dunia, berbanding 38 yang diduduki juara remaja dunia 2011 itu.

"Zulfadli baru berusia 22 tahun dan perjalanannya masih jauh. Dia tidak boleh terbawa-bawa dengan pencapaian empat tahun lepas menjuarai Kejohanan Remaja Dunia. Kejayaan itu sudah lepas...dia perlu fikir ke depan.

"Saranan Menteri (Khairy Jamaluddin) mahu Zulfadli sertai BAM adalah tepat,"katanya kepada pemberita selepas tiba dari Jakarta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.

Bagaimanapun, Chong Wei berkata semua keputusan tetap terpulang kepada kemahuan dan keazaman Zulfadli dalam sukan itu.

"Ramai cakap selepas saya ialah Zulfadli. Tetapi terpulang kepada kemahuannya sendiri, jika masih berlatih sendiri tahap prestasinya sama sahaja.

"Jika sertai BAM, prestasinya akan lebih baik kerana persatuan menyediakan sistem kejurulatihan yang sistematik dengan kemudahan yang lengkap untuk membantunya," kata Chong Wei.

Zulfadli sebelum ini mempamerkan prestasi memberangsangkan apabila berjaya mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia di Jakarta minggu lepas.

Bagi Chong Wei pula, dia sekali lagi kempunan gelaran utama apabila tewas kepada pemain nombor satu dunia, Chen Long dari China di final dengan 14-21,17-21.

Chong Wei mengakui selain ketangkasan Chen Long, dia juga tidak boleh memandang rendah kemampuan pemain muda lain seperti Momota, pemain nombor dua dan tiga dunia, Jan O Jorgensen dari Denmark dan pemain India, K. Srikanth.

"Saya gagal lagi (di Kejohanan Dunia) tetapi saya tidak akan putus asa untuk negara saya. Tumpuan saya adalah mendapatkan tiket ke Sukan Olimpik Rio De Janeiro dahulu," katanya.

Bagi acara perseorangan Sukan Olimpik, setiap negara hanya boleh menghantar maksimum dua wakil sekiranya semua pemain itu berada dalam kelompok 16 terbaik mengikut tempoh kelayakan dari 4 Mei 2015 hingga 1 Mei 2016.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Zulfadli Zulkiffli , BAM

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan