Tenis Terbuka KL: Syed Mohd Agil Dijangka Beri Saingan Sengit

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 10:51 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain tenis kebangsaan, Syed Mohd Agil Syed Naquib bakal memberi saingan sengit kepada bakat muda negara pada Kejohanan Tenis Terbuka Kuala Lumpur 2015.

Timbalan Presiden 1 Persatuan Lawn Tenis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KLLTA) Ahmad Abd Jamil berkata penganjuran kali kelima itu merupakan satu peluang untuk pemain muda beraksi bersama pemain bertaraf antarabangsa.

Ahmad berharap pemain kebangsaan yang berada dalam kedudukan lapan terbaik negara akan turut serta bersama Syed Mohd Agil dan juara bertahan kategor iwanita, Jawairiah Nordin.

"Kita galakkan dan minta pemain nombor satu hingga lapan negara sertai kejohanan ini. Ia bukan sahaja bakal berikan pengalaman berbeza kepada pemain lain namun kejohanan ini juga akan menaikkan mata kutipan ranking mereka,"katanya.

Pendaftaran kejohanan yang telah menerima 150 penyertaan dalam dan luar negara itu dibuka sehingga 18 Ogos ini sebelum kejohanan dari 27 hingga 31 Ogos itu berlangsung di NTC dan Kompleks Tenis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),Taman Tasik Titiwangsa.

Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM71,000 itu merupakan anjuran KLLTA yang diiktiraf Persatuan Tenis Malaysia (LTAM).

Pada masa sama, Ahmad turut mengumumkan penganjuran julung kali perlawanan tenis atas rumput KLLTA-RSC (Royal Selangor Club) Inter Affiliates Tennis Championship yang dikhaskan untuk anggota gabungan KLLTA sahaja.

Ahmad berkata sehingga kini 12 daripada 23 anggota gabungan KLLTA telah mendaftar dalam kejohanan yang dijadual berlangsung mulai 11 hingga 13 September ini.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan