Amelia-Fie Cho Singkir Beregu Utama Dunia Untuk Mara Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2015 11:05 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Beregu wanita negara, Amelia Alicia Anscelly/Soong Fie Cho membuat kejutan pada Kejohanan Badminton Dunia apabila mengalahkan beregu nombor satu dunia, Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi pada pusingan ketiga di Stadium Tertutup Istora Senayan, di sini, Khamis.

Beregu emas Sukan SEA Singapura itu bertindak tenang serta memperagakan aksi cemerlang untuk mengatasi gandingan Jepun itu dalam rubber set 21-15, 12-21 dan 21-14 untuk menempah slot ke suku akhir buat julung kali pada kejohanan itu.

"Memang tidak sangka, kami sangat gembira dengan kemenangan ini. Ini adalah kali pertama kami menang ke atas beregu Jepun itu selepas dua kali kalah kepada mereka sebelum ini.

"Mereka pemain nombor satu dunia...kami hanya bermain seperti biasa," kata Fie Cho kepada pemberita selepas pertarungan selama 58 minit itu.

Pada saingan suku akhir Jumaat, beregu negara itu akan berdepan dengan pasangan Maheswari Nitya Krishinda/Greysia Polii selepas beregu tuan rumah itu mengalahkan wakil Jepun, Matsuo Shizuka/Naito Mami, 21-17, 21-19 pada perlawanan pusingan ketiga.

Dalam acara perseorangan lelaki, bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mara ke suku akhir setelah menumpaskan pemain China, Wang Zheming dalam straight set 21-17 dan 21-19.

Pada pertarungan selama 49 minit itu, Chong Wei menunjukkan semangat yang membara dengan menampilkan rentak pantas.

"Saya mahu lepas geram, saya memang sangat geram kerana tidak dapat bertanding kejohanan dunia ini pada tahun lepas dan tahun ini saya mahu lepas geram betul-betul," katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, walaupun Zheming cuba mengheretnya ke perlawanan rubber set tetapi ia dapat mengelak dengan bermain secara pantas bagi meletihkan lawannya itu.

Menurutnya, beliau tidak mahu memberi peluang kepada Zheming supaya rekod tanpa kalah sebanyak 12 kali dengan pemain nombor lapan dunia itu tidak tercalar.

Chong Wei berkata, kemenangan itu adalah untuk membuktikan beliau akan membuat kemunculan kembali dalam kejohanan dunia ini kerana ia adalah satu kejohanan yang berprestij.

"Saya terlepas kejohanan dunia pada tahun lepas dan selama lapan bulan digantung, saya tidak membuang masa, saya terus berlatih dan tidak sabar untuk beraksi di sini," katanya.

Bagaimanapun, Chong Wei merupakan wakil tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki selepas Zulfadli Zulkifli tersingkir pada pusingan ketiga apabila kalah kepada pemain Hong Kong, Wei Nan dengan 15-21 dan9-21.

"Saya hilang rentak tetapi Wei Nan juga bermain dengan bagus dan dia lebih berpengalaman dari saya," kata bekas juara remaja dunia berusia 21 tahun itu yang melakukan penampilan sulung pada kejohanan itu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan