Chong Wei Lepasi Halangan Pertama Kejohanan Dunia

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2015 7:29 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Tanda-tanya kecederaan kaki Datuk Lee Chong Wei terjawab apabila dia hanya mengambil masa 28 minit untuk mengesahkan tempatnya di pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia di Istora Senayan, di sini, pada Selasa.

Tanpa ada tanda aksinya terjejas dengan kecederaan yang dikatakan dialaminya selepas tiba di sini Khamis lepas, Chong Wei mudah menundukkan pencabar pertamanya Kestutis Navickas dari Lithuania 21-9, 21-13 bagi mengiringi juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli yang layak pada Isnin.

"Saya memang yakin untuk menang tetapi tidak mahu fikir lagi untuk ke peringkat akhir kerana tumpuan saya sekarang ialah membuat yang terbaik pada setiap perlawanan dan saya berharap esok lebih baik daripada hari ini," katanya selepas perlawanannya.

Chong Wei yang kejayaannya muncul naib juara kejohanan ini di Copenhagen, Denmark tahun lepas ditarik balik selepas gagal dalam ujian doping serta digantung lapan bulan, juga mahu membuktikan dia masih mampu bersaing di pertandingan Tahap Satu.

"Perlawanan pertama hari ini tidak begitu sukar dan saya akan memberikan persembahan terbaik setiap kali turun ke gelanggang," katanya yang sekadar beraksi di kejohanan Tahap 3 sejak bebas daripada penggantungannya Mei lepas.

Chong Wei yang akan menentang pemain Jerman, Marc Zwiebler di pusingan kedua nanti juga berharap dapat menentang musuh tradisinya, Lin Dan yang dijangka pada separuh akhir nanti.

"Saya sedia dan berharap dapat menentang Lin Dan memandangkan kami akan bersara tidak lama lagi," katanya yang tewas dalam tiga kejuaraan utama untuk tiga tahun berturut-turut kepada pemain China itu - Kejohanan Dunia 2011 dan 2013 serta Sukan Olimpik 2012.

Sebelum ini, Lin Dan turut memberitahu pemberita di sini, dia berharap untuk menentang Chong Wei lagi di kejohanan ini.

Beregu lelaki tunggal negara di kejohanan ini, Goh V Shem/Tan Wee Kiong turut memastikan kemaraan selepas menewaskan gandingan Amerika Syarikat, Phillip Chew/Sattawat Pongnairat 21-8, 18-21, 21-9, bagi menempah pertemuan dengan pilihan ketujuh dari Korea Selatan, Ko Sung Hyun/Shin Baek Choel.

Terdahulu, pemain perseorangan wanita, Tee Jing Yee menampilkan aksi membanggakan untuk mengheret juara dunia, Carolina Marin dari Sepanyol hingga ke rubber-set sebelum tunduk 21-19, 14-21, 13-21, sekali gus mengakhiri cabaran negara dalam kategori ini.

Sementara itu, beregu campuran negara, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying melayakkan diri ke pusingan ketiga selepas menewaskan gandingan Hong Kong,  Lee Chun Hei/Chau Hoi Wah 17-21, 21-17, 21-18.

Mereka kini akan berdepan pilihan ketiga yang juga bekas juara dunia dari Indonesia, Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir.

Begitupun cabaran dua lagi pasangan beregu campuran, Wong Fai Yin/Chow Mei Kuan dan Tan Aik Quan/Lai Pei Jing berakhir selepas masing-masing ewas kepada lawan pusingan kedua mereka.

Tags / Kata Kunci: Indonesia , Badminton

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan