Terbuka Citi Peluang Nishikori Balas Dendam

Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 9:39 AM

Cilic dan Nishikori akan bersaing di pusingan separuh akhir Terbuka Citi.

(Ubah saiz teks)

MARIN Cilic dan Kei Nishikori akan bertemu di pusingan separuh akhir Terbuka Citi di Washington pada Sabtu.

Ia adalah pertemuan semula kedua-dua pemain itu selepas aksi final di Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun lalu.

Pemain pilihan ketiga Cilic menewaskan Alexander Zverev 7-5 7-6 pada pertemuan suku akhir, Jumaat.

Manakala Nishikori yang juga pemain pilihan kedua mematikan langkah pemain Australia, Sam Groth 6-4 6-4.

Pemain dari Jepun itu pernah menundukkan Cilic dalam lima daripada lapan pertemuan mereka.

Namun pertemuan di Flushing Meadows pada September lalu menyaksikan pemain dari Croatia itu menang gelaran Grand Slam pertamanya dengan menewaskan Nishikori 6-3 6-3 6-3.

Nishikori dianggap antara pemain hebat pada musim ini.

Beliau menduduki tangga ke-5 ranking dunia.

"Saya berharap dapat membalas dendam terhadap Marin. Saya bermain agak bagus di sini dan boleh mengekalkan rentak permainan terbaik pada Sabtu," kata Nishikori.

Tags / Kata Kunci: Marin Cilic , Kei Nishikori , Terbuka Citi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan