Peluang Perseorangan Lelaki Rebut Gelaran Juara Lebih Terbuka - Chong Wei

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 6:26 PM

Lee Chong Wei

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pemain badminton utama negara, Datuk Lee Chong Wei mahu menjadikan Kejohanan Dunia kali ini sebagai pentas kembalinya dia menguasai aksi pada saingan tahap tertinggi, kira-kira setahun selepas imejnya tercalar ekoran kegagalan dalam ujian doping.

Kalau insiden di Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark akhir Ogos tahun lalu menyaksikan dia digantung lapan bulan, kini dia kembali semula ke pentas utama itu bagi memburu gelaran yang tidak pernah dimiliki biarpun dua kali muncul naib juara.

Ini juga adalah aksi pertama Chong Wei dalam kejohanan Tahap Satu selepas bebas daripada penggantungan pada Mei lalu kerana hanya menyertai pertandingan Tahap Tiga iaitu Grand Prix Kanada, dua kejohanan Grand Prix Emas iaitu di Amerika Syarikat dan Taiwan, selain Sukan SEA Singapura.

Bagi Chong Wei, selain misi memburu gelaran dunia, ia juga bagi memperbaiki rankingnya yang kini di posisi 45 dunia, sambil mengutip mata kelayakan untuk ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Begitupun Chong Wei mengakui saingan perseorangan lelaki pada di Kejohanan Dunia di Stadium Istora Senayan, Jakarta pada 10 hingga 16 Ogos ini, lebih terbuka berbanding beberapa edisi sebelum ini.

Menurutnya kehadiran pemain muda seperti Chou Tien-chen dari Taiwan, Kento Momota (Jepun), K.Srikanth (India) dan pemain Denmark, Jan O Jorgensen, menyaksikan perebutan kejuaraan edisi ini tidak hanya tertumpu kepadanya dan pemain China, Chen Long dan Lin Dan sahaja.

"Kali ini peluang lebih terbuka. Ramai muka baru yang muncul. Sudah tidak macam dua tiga tahun lepas, orang tertumpu kepada saya dan Lin Dan. Saya rasa ini satu kejohanan yang bagus di Jakarta.

"Saya harap semua orang boleh buat yang terbaik namun saya letakkan hasrat untuk harumkan nama negara," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) sebelum berlepas ke Jakarta, Khamis.

Chong Wei yang tidak diletakkan sebagai pilihan di kejohanan kali ini akan menentang Kestutis Navickas dari Lithuania di perlawanan pertamanya.

Ujian sebenarnya bermula di pusingan ketiga dengan pilihan kelapan dari China, Wang Zhengming menantinya diikuti Srikanth dan musuh ketatnya, Lin Dan yang dijangka menjadi lawannya masing-maisng di suku dan separuh akhir.

Selain Chong Wei, bekas juara remaja dunia Zulfadli Zulkiffli adalah seorang lagi pemain yang akan membawa cabaran dalam acara perseorangan lelaki di Jakarta.

Untuk rekod, Chong Wei adalah naib juara bagi tiga edisi terakhir iaitu pada 2011, 2013 dan 2014 tetapi pencapaian tahun lalu itu dibatalkan kerana  kesalahan doping.

Sementara itu, Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen sekali lagi mengulangi keyakinannya Chong Wei mampu memnawa pulang gelaran dunia tahun ini.

"Saya harap semua pemain mampu memberikan yang terbaik. Nikmati dan bermainlah dengan sebaik mungkin. Saya harap pemain juga mengambil kesempatan belajar daripada pengalaman yang diperolehi nanti," katanya.-- Bernama


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan