Pasukan Skuasy Negara Layak Ke Separuh Akhir Skuasy Remaja Dunia

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 12:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan skuasy remaja perempuan Malaysia mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2015 setelah menang 2-1 dalam pertarungan sengit dengan New Zealand pada peringkat suku akhir di Squashcentre di Eindhoven, Belanda awal Isnin.

Skaud bimbingan jurulatih Andrew Cross ini dijangka berdepan cabaran berat apabila bertemu juara bertahan, Mesir, pada perlawanan separuh akhir lewat hari ini.

Terdahulu, juara dunia enam kali, Mesir, mengalahkan pasukan pilihan ketujuh, India, 2-0 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Dalam perlawanan awal pagi ini, Zoe Foo Yuk Han menaikkan semangat skuad Malaysia apabila mengalahkan Juee Bhide; 11-3, 11-9, 11-8, tetapi dalam perlawanan berikutnya, Eleanor Epke, mendapatkan kedudukan seri setelah menumbangkan pemain remaja utama Malaysia, S. Sivasangari 3-2 (9-11, 7-11, 11-2, 11-8, 12-14) dalam perlawanan selama 46 minit.

Nasib menyebelahi Malaysia apabila pada perlawanan penentuan, Andrea Lee mengetepikan penentangnya dari New Zealand, Abbie Palmer, dengan 3-2 (11-6, 8-11, 10-12, 11-4, 14-12).

Ketika mengulas kemenangan pasukan Malaysia itu, Andrew berkata dia amat gembira dengan prestasi cemerlang anak buahnya, tetapi tidak meletakkan harapan tinggi di bahu mereka bagi perlawanan separuh akhir menentang Mesir, memandangkan pasukan dari Timur Tengah itu telah menjulang piala kejuaraan sebanyak enam kali iaitu pada 1999, 2003, 2007, 2009, 2011 dan 2013.

Bagaimanapun, beliau berkata, pertemuan dengan Mesir amat bermanfat bagi anak buahnya kerana ia akan menambah pengalaman mereka menentang pasukan terbaik di dunia.

"Inilah antara sebab mereka memasuki kejohanan ini," katanya seperti yang dipetik laman sesawang kejohanan itu, www.wsfworldjuniors.com.

Malaysia muncul sebagai juara Kumpulan D setelah mengatasi tuan rumah Belanda, dengan keputusan 2-0.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, juara Kumpulan C, England akan menentang juara Kumpulan B, Amerika Syarikat.

Pada peringkat suku akhir, England, yang merupakan juara lima kali, mengalahkan juara 2005, Hong Kong, manakala Amerika Syarikat mengetepikan Kanada, kedua-duanya dengan keputusan 2-0.

Tags / Kata Kunci: Skuasy , Belanda

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan