Terbuka Rusia: Beregu Campuran Negara Rangkul Juara Di Vladivostok

Diterbitkan: Ahad, 26 Julai 2015 5:25 PM

Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying (depan) meraih gelaran juara pada Terbuka Rusia, Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu campuran badminton negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying merangkul gelaran juara Grand Prix Emas Terbuka Rusia pada Ahad.

Peng Soon/Liu Ying menewaskan pasangan dari Jepun Yuta Watanabe-Arisa Higashino dengan keputusan 21-13 23-21 dalam tempoh 39 minit.

Selepas empat bulan meraih gelaran juara pertama tahun ini pada Terbuka Poland pada Mac lalu, pasangan bekas ke-3 dunia kembali mempamerkan aksi terbaik di Rusia.

Namun harapan untuk menyaksikan beregu lelaki utama negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong merangkul gelaran pertama tahun ini hampa apabila tewas pada pasangan tuan rumah Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov, 20-22, 19-21.

Ivanov-Sozonov hanya mengambil masa 37 minit untuk mengetepikan aksi pemain negara yang kini menduduki ranking ke-17 dunia.

Tags / Kata Kunci: Terbuka Rusia , Chan Peng Soon , Goh Liu Ying

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan