Wimbledon 2015: Hingis Menang Lagi Kali Ini Dengan Leander Paes

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 4:22 PM

Martina Hingis dan Leander Paes muncul juara beregu campuran di Kejohanan Tenis Wimbledon pada Ahad. Sehari sebelum itu Hingis muncul juara beregu wanita bersama Sania Mirza, seorang lagi pemain tenis dari India.

(Ubah saiz teks)

BUKAN sahaja Serena Williams yang mencatatkan rekod baru di Kejohanan Tenis Wimbledon 2015 tetapi seorang lagi jaguh lama, Martina Hingis memenangi kejuaraannya yang kedua dalam tempoh sehari dengan muncul juara beregu campuran bersama pemain dari India, Leander Paes.

Hanya Sabtu lalu, Hingis dan Sania Mirza - seorang lagi pemain dari India - muncul juara beregu wanita.

Ia adalah kejuaraan Wimbledon yang pertama untuk Hingis selepas kali terakhir memenanginya 17 tahun yang lalu.

Hingis, 34, kemudiannya berganding bahu pula dengan Paes - sepertimana Hingis juga seorang pemain veteran - untuk menundukkan Alexander Peya dan Timea Babos 6-1 6-1 pada Ahad untuk menang kejuaraannya yang kedua dalam tempoh 24 jam.

Paes, 42, kini telah memenangi empat kejuaraan beregu campuran manakala Hingis pula yang kelima dalam acara yang sama di kejuaraan ini.

Hingis juga pernah menjuarai kejohanan Grand Slam sebanyak lima kali pada tahun-tahun 1990-an  mencatat sejarah memenangi kejuaraan beregu wanita Wimbledon buat pertama kali bersama Helena Sukova pada 1996 ketika dia masih berusia 15 tahun.

Setahun kemudian, dia muncul juara perseorangan Wimbledon dan pada 1998, dia sekali lagi memenangi geregu wanita kali ini bersama Jana Novotna.

Hingis mengumumkan persaraannya pada tahun 2003 pada usia 22 tahun selepas beberapa kali mengalami kecederaan pergelangan kaki yang kronik tetapi tiga tahun kemudian dia kembali aktif dalam siri jelajah wanita.

Hingis sekali lagi bersara pada November 2007, selepas dia didapati positif mengambil bahan terlarang di Kejohanan Wimbledon tahun yang sama.

Dia digantung permainan selama dua tahun. Pada 2013, Hingin kembali dari persaraan untuk kali yang ketiga dalam kariernya dan sejak itu dia hanya menumpukan perhatian kepada acara beregu dan beregu campuran sahaja. 


iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan