Williams Rangkul Trofi Ke-6 Wimbledon, Singkir Muguruza

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 10:50 PM

Williams bersama trofi kejuaraan Wimbledon yang ke-6 miliknya.

(Ubah saiz teks)

JAGUH tenis wanita Amerika Syarikat, Serena Williams berjaya merangkul trofi kejuaraan Wimbledon kali keenam selepas menewaskan Carbine Muguruza 6-4 6-4 pada aksi akhir Sabtu malam.

Dengan kemenangan ke atas pemain pilihan ke-20 dari Sepanyol itu, Williams kini telah memenangi empat gelaran Grand Slam - Terbuka Australia (6), Terbuka Perancis (3), Wimbledon (6) dan Terbuka Amerika Syarikat (6) secara berturut-turut sejak Terbuka Amerika hujung tahun lalu.

Jika dia mampu mempertahankan kejuaraannya di Terbuka Amerika bulan depan, dia akan mencatat sejarah memenangi empat kejuaraan Grand Slam dalam satu musim.

Kali terakhir Williams menjulang trofi Wimbledon ini pada tahun 2012 selain 2010, 2009, 2003 dan 2002.

"Perasaan sangat teruja setelah sekian lama tidak meraih gelaran ini. Carbine bermain dengan baik. Tahniah, jangan bersedih. Kamu akan menjulang trofi ini tidak lama lagi.

"Saya tidak percaya bahawa saya berdiri di sini dengan satu lagi 'Serena Slam'. Ia sesuatu yang berharga dapat beraksi sejak beberapa tahun di stadium yang menakjubkan ini.

"Saya juga gembira berada di sini. Setiap hari saya tidak sabar untuk keluar dan memenangi Wimbledon," jelas Williams selepas perlawanan.

Pada usia 33 tahun, Williams merupakan pemain paling berumur pernah menjuarai kejohanan terbuka Wimbledon malah dia semakin menghampiri rekod yang dipegang pemain Jerman, Steffi Graff  (22 rekod) jika berjaya di New York nanti.

Dia kini masih memegang gelaran pemain nombor satu dunia.

Tags / Kata Kunci: Serena Williams , Wimbledon , Juara 2015

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan