Skuasy: Sanjay Sasar Status Pemain No.1 Dunia Menjelang 2018

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2015 11:10 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Pemenang dua emas Sukan SEA Singapura 2015, Sanjay Singh Chal telah menetapkan sasaran untuk menjadi pemain skuasy nombor satu negara menjelang 2018, sama seperti rakan senegeri, Mohd Azlan Iskandar.

Bagi mencapai impian itu, pemain kelahiran Miri ini kini sedang menggilap kemahiran dalam sukan itu di England, sekali gus berusaha untuk memperbaiki kedudukan ranking keempat negara dan 115 di dunia.

"Saya sedang mengikuti latihan sejak enam bulan lepas di England di bawah jurulatih Robbie Temple," kata pemain berusia 21 tahun itu kepada Bernama di sini.

Pencapaian Sanjay dalam sukan itu cukup memberangsangkan iaitu pemain junior nombor satu negara serta mewakili Malaysia dalam Kejohanan Remaja Asia, Kejohanan Remaja Asia Berpasukan, Terbuka Remaja British, Piala Dunia Bawah 21Tahun, Sukan Universiti Dunia, Kejohanan Dunia Lelaki Berpasukan dan Kejohanan Individu Senior Asia.

Pada masa ini, Sanjay berkata beliau cuba berusaha keras untuk mengimbangi tugasnya sebagai pemain kebangsaan dan juga pelajar mengikuti program diploma pengurusan perniagaan.

"Saya mungkin terlepas beberapa sesi latihan kerana mengikuti kelas atau menghabiskan masa tambahan di gelanggang pada waktu jauh malam," kata anak sulung daripada dua adik-beradik yang mula diperkenalkan kepada sukan itu pada usia sembilan tahun.

Sebagai peminat tegar Mohd Azlan, bekas pemain nombor satu negara dan pemain nombor 10 dunia, Sanjay berkata idolanya antara mereka yang sentiasa memberi sokongan dan motivasi kepada beliau.

Beliau menasihatkan mereka yang berhasrat menjadi pemain profesional supaya bersedia membuat pengorbanan serta bersedia mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk mencapai impian mereka. 

Tags / Kata Kunci: Sanjay Singh Chal

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan