Wimbledon: Murray Bekerja Keras Sebelum Mara Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2015 9:07 AM

(Ubah saiz teks)

ANDY Murray menempah tiket suku akhir selepas mencatat kemenangan ke atas Ivo Karlovic 7-6 6-4 5-7 6-4 pada aksi pusingan keempat Kejohanan Wimbledon awal pagi Selasa.

Sebelum mencatat kemenangan ini, Murray,28, terpaksa bekerja keras menundukkan pemain Croatia itu yang sentiasa cuba memberi pukulan mengelirukan, namun berjaya ditepisnya.

"Saya hadir dengan persediaan yang baik. Ia perlawanan yang sukar dan memenatkan terutamanya dari segi mental," jelas Murray yang dalam perancangan untuk merangkul gelaran kedua Wimbledon selepas tiga tahun.

Dalam pada itu, kemenangan ini menjadikan Murray mencatat rekod kali ke-18 beraksi di peringkat suku akhir Grand Slam.

Murray bakal bertemu Vasek Pospisil dalam aksi suku akhir awal pagi Rabu ini.

Tags / Kata Kunci: Wimbledon , Andy Murray

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan