Badminton: Skuad Remaja Perlu Tingkatkan Kecergasan - Yoke Meng

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 10:49 AM

Jin Wei

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan badminton remaja kebangsaan perlu lebih bekerja keras dalam aspek kecergasan.

Pengurus Projek Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Kwan Yoke Meng membuat penilaian selepas skuad negara hanya mampu meraih pingat gangsa pada aksi Kejuaraan Remaja Asia  di Bangkok yang berakhir pada Ahad.

Hanya pemegang pingat gangsa Sukan SEA, Goh Jin Wei sahaja tampil dengan aksi memberangsangkan apabila mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada pemain pilihan utama dari China, Bing Jiao.

Jin Wei,15, juga turut mempamerkan permainan baik dalam saingan beregu bersama Tan Jinn Hwa sebelum kandas dalam saingan suku akhir.

Manakala pemain-pemain remaja yang lain gagal menyerlah dan hanya melepasi pusingan ketiga dan keempat sahaja.

Yoke Meng percaya, punca persembahan buruk pemain-pemain muda ini berkaitan dengan tahap kecergasan.

"Sebahagian daripada pemain mempamerkan kemahiran teknikal yang baik, namun tahap kecergasan mereka tidak memuaskan.

"Kami akan memberi perhatian kepada masalah kecergasan mereka sebelum beraksi pada Kejuaraan Remaja Dunia di Lima, Peru, November ini," jelas Yoke Meng.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan