BAM Cadang Wujud Skim Pendapatan Lebih Baik Untuk Pemain

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 10:30 PM

Tengku Mahaleel Tengku Ariff ketika sidang media selepas dipilih sebulat suara sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu. -foto FAIHAN GHANI

Tengku Mahaleel Tengku Ariff

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bercadang mewujudkan skim pendapatan yang lebih baik kepada pemainnya, termasuk kemungkinan mewujudkan dana pencen kepada mereka pada masa akan datang.

Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkata skim pendapatan baharu yang diluluskan pada mesyuarat majlis itu merupakan penambahbaikan kepada sistem sebelum ini.

"Skim baharu ini melibatkan peningkatan besar dari segi elaun bulanan berdasarkan kepada ranking serta bonus kemenangan dalam kejohanan yang disertai. Ini membolehkan pemain menjalani kehidupan yang lebih baik selain berusaha lebih keras meraih kedudukan lebih baik.

"Skim ini dibuat kerana sebelum ini pemain sukar mendapatkan pinjaman perumahan, kenderaan dan sebagainya. Ia juga berkemungkinan menyaksikan akan wujud skim pencen kerana Penaung BAM, Datin Seri Rosmah Mansor juga mahukan kebajikan pemain lebih terjamin," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Tengku Mahaleel, yang mempengerusikan mesyuarat majlis itu serta Mesyuarat Agung Tahunan itu, berkata butiran terperinci mengenai skim itu masih lagi tidak boleh didedahkan.

Dalam perkembangan lain, BAM juga membuat keputusan untuk menghidupkan semula dua kejohanan peringkat negeri dan sekolah dalam usaha mencari lebih banyak bakat baharu dan pengganti bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.

"Kejohanan di peringkat negeri sama seperti bola sepak, kami mahu mewujudkan persaingan setiap negeri selain mencari lebih banyak penyokong.

"Bagi kejohanan di peringkat sekolah pula, mereka akan bersaing di setiap negeri dan juara akan mewakili negeri mereka selain sekolah sukan tidak akan dibenarkan bersaing kerana ini merupakan sebahagian daripada usaha pembangunan di peringkat akar umbi," katanya.

Tengku Mahaleel berkata pihaknya menyasarkan lebih 200,000 pemain pelapis melalui kejohanan peringkat negeri yang dijadualkan pada akhir tahun ini manakala bagi kejohanan antara sekolah pula pada tahun hadapan.

Beliau berkata Malaysia kini mempunyai lebih kurang 4,800 pemain elit dan bakat baharu.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: BAM , Tengku Mahaleel Tengku Ariff

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan